Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dibakar pada bahagian kaki oleh kawan-kawannya di Indonesia. Tragedi tersebut bermula dengan gurau senda pada awalnya.
Menurut Indo Zone, insiden tersebut berlaku pada 29 Mac kelmarin di kawasan Pasar Rebo, Jakarta Timur.
Pegawai polis kawasan tersebut, M Marbun berkata, mereka pada asalnya hanya bergurau dengan menyebut “Bakar aku bakar ni…”, lapor beliau kepada wartawan tempatan Rabu (semalam), lapor Indo Zone.
Difahamkan, sejurus kemudian kaki mangsa terus dibakar oleh kawan-kawannya, namun tiada luka serius yang berlaku.
“Polis juga mengatakan bahawa tidak ada tragedi yang disengajakan berlaku kepada mangsa.
“Kami meminta keluarga mangsa untuk hadir ke pejabat dan mereka juga telah berdamai.
“Ada kenyataan dari Ahli Jawatan Kampung di situ, jadi kami mahu lihat dulu keadaan luka yang berlaku pada mangsa, adakah terdapat luka teruk dan sebagainya, oleh itu kami kena tunggu keputusan dari pihak keluarganya dahulu,” jelas beliau lagi, lapor Indo Zone.
Terdahulu, terdapat satu video yang tular di media sosial ini apabila sebuah majlis perkahwinan bertukar menjadi tragedi yang pastinya akan tersemat dalam ingatan pengantin serta tetamu yang hadir pada majlis tersebut.
Video yang dimuat naik oleh akaun TikTok bernama @pestamoi itu memaparkan majlis perkahwinan yang dilangsungkan di dalam dewan sambil dimeriahkan dengan nyalaan bunga api.
Tidak berapa lama selepas bunga api itu dinyalakan, kemeriahan tersebut bertukar menjadi kelam kabut apabila percikan api daripada bunga api tersebut menyambar perhiasan yang terdapat di kawasan itu sehingga membuatkan apinya semakin marak.
Melihat api yang sedang marak dengan cepat, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa orang yang berada dalam majlis itu cuba berusaha untuk menyiram air ke tempat yang sedang terbakar tersebut bagi mengawal kebakaran.
Para tetamu yang hadir kelihatan tidak lari untuk menyelamatkan diri kerana mungkin masih dalam keadaan terkejut atas kejadian itu.
Namun begitu, selepas api mulai marak menyambar perhiasan lain yang berada di atas meja tetamu, barulah mereka panik dan berlari keluar meninggalkan dewan berkenaan.
BACA JUGA: Chap Goh Mei: Hanya Bunga Api ‘Happy Boom’, Mercun ‘Pop-Pop’ Dibenarkan
Sumber: Indo Zone