Seorang Kanak-kanak berumur dua tahun dilaporkan maut selepas diserang oleh seekor anjing liar pada pagi Isnin baru-baru ini di Egdon, England.
Menurut Mirror, kanak-kanak malang itu diserang anjing daripada baka ganas Rottweiler yang turut digelar The Beast oleh jiran-jiran sekeliling.
“Ibu bapa kanak-kanak itu cuba membawa dia ke hospital sendiri namun diarahkan berhenti di Pusat Desa Worcester atas nasihat dari perkhidmatan ambulans, kemudian paramedik membawanya ke hospital.
“Superintendan Polis West Mercia Love, komander polis tempatan South Worcestershire berkata kejadian tersebut benar-benar tragis,” lapor Mirror.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut dikejarkan ke Hospital Diraja sebelum dibawa ke Birmingham Chlidren’s Hospital sebelum meninggal dunia di sana.
Memetik Mirror, maklum Love, kanak-kanak tersebut dilaporkan meninggal dunia pada pagi 30 Mac semalam.
“Kami menerima laporan seorang kanak-kanak berusia dua tahun mengalami serangan jantung kira-kira jam 11.20 pagi Isnin 28 Mac lalu.
“Dengan sangat pantas disahkan bahawa kanak-kanak itu mengalam kecederaan akibat digigit anjing di alamat Worcestershire,” jelasnya, lapor Mirror.
Difahamkan, sebanyak tiga ekor anjing telah dibawa keluar dari kawasan tersebut, namun baka mereka masih belum dapat dipastikan setakat ini.
Dalam pada itu, mereka juga tidak percaya bahawa anjing tersebut berada di bawah senarai Akta Anjing Berbahaya.
Menurut jiran mereka, terdapat sebuah keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya dua ekor Rottweiler dewasa.
“Saya pernah lihat pemilik cottage putih tersebut sebelum ini mempunyai Rottweiler.
“Kedengaran suara anjing-anjing tersebut menyalak dari arah ladang dan saya juga pernah melihat mereka berjalan membawa anjing-anjing itu.
“Penduduk di sekitar tidak ramah dan tidak terlalu bergaul dengannya, jadi tidak mampu untuk lihat siapa tuannya.
“Saya juga sering membawa anjing berjalan-jalan di kawasan sekitar dan pernah mendengar suara anjing banyak menyalak,” jelasnya.
Dalam pada itu, dakwa individu itu, penduduk di sekitar situ lebih kerap melakukan hal sendiri dan tiada siapa yang berani bersuara tentangnya.
“Saya rasa kebanyakan orang takut dengan keluarga yang memilik anjing ini.
“Isteri saya enggan membawa anjing kami berjalan berhampiran kawasan tersebut jika keluar.
“Semua penduduk di sini sedih dengan pemergian kanak-kanak tersebut dan targedi itu merupakan peristiwa yang mengerikan,” kata seorang lagi penduduk sekitar, lapor Mirror.
BACA JUGA: Kanak-Kanak Tembak Mati Sepupu Ketika ‘Live’ Di Instagram
Sumber: Mirror