KTM Komuter bagi laluan Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim dilapor mengalami kelewatan 60 minit akibat gangguan perkhidmatan.
Menurut kenyataan KTM Berhad (KTMB) yang dikeluarkan pada 8:42 pagi tadi, kelewatan tersebut disebabkan gangguan teknikal yang berlaku di Stesen Klang.
“Ekoran masalah teknikal di Stesen Klang, tren KTM Komuter laluan Pelabuhan Klang – Tanjung Malim mengalami kelewatan selama 60 minit.
“Untuk info lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-2267 1200 atau mendapatkan maklum balas segera melalui Messenger Facebook rasmi KTMB.
“Terima kasih atas kesabaran anda,” maklum kenyataan tersebut sebentar tadi.
π‘π’π§ππ¦
31 Mac 2022
πππ‘πππ¨ππ‘ π£ππ₯πππππ ππ§ππ‘ ππ§π ππ’π π¨π§ππ₯ ππππ ππππ¨ππ‘ π£πππππ¨πππ‘ ππππ‘π-π§ππ‘ππ¨π‘π π ππππ
Ekoran masalah teknikal di Stesen Klang, tren KTM Komuter laluan Pelabuhan Klang – Tanjung Malim
— KTMB 03 2267 1200 (@ktm_berhad) March 31, 2022
Sumber: KTMB