Siakap Keli
Gambar Facebook Annewife Aizuddin

Mudah, Resepi ‘Loh Bak Chicken’ Untuk Bulan Puasa Ini

Bulan puasa nanti pasti tertanya-tanya nak masak apa hari ini untuk bersahur ataupun berbuka. Begitulah kebiasaannya orang-orang kita ketika menyambut bulan yang mulia.

Pasti semua orang mahu masak menu yang ringkas dan mudah disediakan, tetapi rasanya sedap lagi sempurna di lidah. Resepi Loh Bak Chicken adalah jawapannya.

Untuk resepi Loh Bak Chicken, AnneWife Aizuddin ada perkongsiannya di Facebook Masak Apa Harini (MAHN)

Resepi Chicken Loh Bak

Projek stok frozen untuk sahur dengan berbuka. Buat sendri ja, ni kalau beli mahal.

HALAL LOH BAK CHICKEN

Bahan-bahan (a):

Antara bahan yang diperlukan ialah 500 gram isi ayam, 2 biji tokua atau tauhu, 2 biji telur dan  1 ulas bawang.

Bahan-bahan (b):

Antara bahan yang diperlukan ialah 2 biji lobak merah parut, 1 biji labu bawang besar dipotong dadu, sedikit suun yang telah direndam air panas dan ditapis, serbuk lada sulah, daun bawang yang dihiris nipis, garam, cukup rasa, dan juga sedikit minyak bijan.

Bahan-bahan (c)

Untuk bahan c yang digunakan ialah kulit lohbak (boleh didapati di pasar yang menjual tauhu wajib ada)

Cara-cara Penyediaan

Pertama, mesin halus semua bahan (a), nak lagi mudah pakai food prosesser. Kemudian, gaulkan dengan bahan-bahan (b). Seterusnya, potong kulit lohbak tadi, letakkan isi dan balut bersama kulit lohbak. Kukus 5 minit sampai bila tekan isi lohbak tadi menjadi keras.

Angkat lohbak yang telah siap dikukus tadi dan sejukkan. Akhir sekali, lohbak  siap untuk digorengkan ataupun stok frozen, masukkan ke dalam plastik dan bekukan. Mudah kan.

Gambar Facebook AnneWife Aizuddin
Gambar Facebook AnneWife Aizuddin
Gambar Facebook AnneWife Aizuddin
Gambar Facebook AnneWife Aizuddin
Gambar Facebook AnneWife Aizuddin
Gambar Facebook AnneWife Aizuddin
Gambar Facebook AnneWife Aizuddin
Gambar Facebook AnneWife Aizuddin

https://www.facebook.com/100031537921536/videos/pcb.3946125169044103/978975563005295

Sumber: Facebook AnneWife Aizuddin

 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.