Permohonan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dibuka kepada orang ramai sejak awal malam tadi.
Untuk pengetahuan, pengeluaran khas ini adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran kesan daripada pandemik COVID-19.
Bayaran akan menggunakan simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu dan sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.
Berikut merupakan cara-cara untuk memohon pengeluaran khas.
Cara-cara memohon pengeluaran khas
Pertama, anda perlu klik pada pautan Pengeluaran Khas DISINI.
Seterusnya, klik pada Mohon Sekarang dan Permohonan
Kemudian, anda harus memasukkan nombor Mykad dan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan di KWSP.

Bila sudah siap, klik Teruskan dan masukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon bimbit anda.

Amaun kelayakan anda akan tertera dan anda perlu klik memohon pada amaun tersebut.

Selepas itu, klik teruskan dan sahkan maklumat dan akaun bank anda.

Sebelum menghantar permohonan, anda perlu menyemak sekali lagi amaun yang dipohon dan seterusnya klik Hantar. Anda boleh cetak permohonan dan simpan.



Bayaran bagi pengeluaran khas ini akan dibuat bermula 20 April 2022 dan akan dibuat dalam satu bayaran sahaja. Ia akan dikredit terus ke dalam akaun bank ahli.
Dalam pada itu, perlu diingatkan bahawa ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
Selepas membuat permohonan, anda tidak boleh membatalkannya dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000 dan minimum adalah RM50. Kelayakan pengeluaran itu adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.
Jika ada sebarang kekeliruan dan persoalan, anda boleh merujuk Soalan Lazim yang telah disediakan di dalam portal Pengeluaran Khas itu.
Tarikh akhir permohonan pengeluaran khas ini adalah pada 30 April 2022.
BACA JUGA: Pengeluaran Khas: 4 Perkara Penting Kena Buat Sebelum Proses Mohon Keluar KWSP 10k
Sumber: KWSP, Firdaus Shakirin