Siakap Keli
Kisah asnaf zakat
Gambar: Twitter Zakat Selangor

Sebak, Asnaf Tepati Janji, Mohon Keluar Dari Bantuan Zakat Setelah Dapat Kerja Tetap

Tidak dapat dinafikan, di negara ini masih ramai lagi golongan asnaf yang memerlukan bantuan demi kelangsungan hidup yang serba-serbi memerlukan duit.

Namun, tak kurang juga mereka yang dulu dari golongan asnaf kini berjaya mendapatkan pekerjaan tetap dan tidak lagi memerlukan sebarang bentuk bantuan termasuklah zakat.

Tepati janji, individu mohon keluar asnaf fakir miskin & beri peluang orang lain

Begitulah kisah yang dikongsikan dari Zakat Selangor mengenai seorang individu yang memohon untuk keluar dari asnaf dan membatalkan penerimaan zakat daripada mereka.

Zakat Selangor menerusi Twitter berkongsi luahan dan permohonan individu tersebut menerusi satu perkongsian di Twitter hari ini.

“Tentu ada yang lebih memerlukan dari saya yang masih Allah S.W.T izinkan untuk mendapatkan pekerjaan walaupun sekadar operator kilang sahaja,” luahnya melalui atas talian menerusi Zakat Selangor.

Difahamkan, berdasarkan surat yang dihantar kepada pihak Zakat Selangor, individu itu juga menyebut mengenai janjinya apabila sudah mendapatkan pekerjaan dan kewangan yang mulai stabil.

“Untuk makluman tuan/puan, saya tunaikan janji pada Zakat Selangor, jika saya dah mula dapat pekerjaan tetap dan boleh menampung keluarga, saya akan keluar asnaf.

“Bagi peluang kepada orang lain yang memerlukan. Alhamdulillah isteri saya pun berniaga kuih dari rumah bolehlah dia membantu pendapatan kami,” luah insan itu pada surat tersebut.

Gambar: Twitter Zakat Selangor

Tambah individu itu lagi, dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada institusi zakat berkenaan atas jasa dan peluang yang diberikan kepada mereka sekeluarga.

“Di sini saya nak ucapkan kepada pihak Zakat Selangor, saya dan isteri menjunjung kasih dan berterima kasih banyak-banyak atas bantuan-bantuan  kepada kami selama ini. Semoga Allah sahaja membalasnya.

“Kami bersyukur kepada Allah dari tahun 2019 Zakat Selangor dapat meringankan beban kami sekeluarga,” tulisnya kepada Zakat Selangor.

Dalam pada itu, Zakat Selangor juga meminta untuk doakan dia sentiasa dilimpahkan rezeki yang berkat dan berterima kasih kepada pembayar zakat.

Gambar: Twitter Zakat Selangor

Sumber: Zakat Selangor

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.