Siakap Keli

Laman Web i-Akaun KWSP Dalam Penyelenggaraan, Tak Boleh Diakses Buat Masa Ini

Laman web i-Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika ini dilapor gagal diakses oleh pengguna.

Kedua-dua versi laman web dan aplikasi i-Akaun menunjukkan paparan sistem sedang dalam penyelenggaraan.

Pengguna diminta untuk mengikuti maklumat terbaharu menerusi saluran-saluran komunikasi rasmi KWSP.

Seperti yang kita tahu, permohonan untuk pengeluaran khas simpanan KWSP boleh dibuat mulai hari ini (1 April 2022) melalui portal yang telah disediakan KWSP.

Sebelum permohonan dibuat, pencarum yang ingin memohon dinasihatkan untuk memeriksa baki akaun terlebih dahulu melalui laman web, aplikasi i-Akaun KWSP atau di Kiosk KWSP.

Pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 diumumkan kerajaan pada 16 Mac lalu bagi meringankan beban rakyat Malaysia di bawah umur 55 tahun yang masih terkesan susulan wabak COVID-19.

Permohonan kini boleh dibuat menerusi portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my sehingga 30 April 2022, manakala pembayaran akan mula dikreditkan mulai 20 April.

Sumber: KWSP

 

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.