Siakap Keli
sahur

Wanita Kongsi Tips Sahur Kenyang Lama Siap Boleh Turun Berat 10 Kg Sebulan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Biasanya ada yang tidak akan mengambil sahur dengan alasan tidak lalu makan pada waktu pagi. Walaupun sahur bukan perkara wajib, namun terdapat keberkatan ketika bersahur selain boleh membekalkan tenaga untuk berpuasa sepanjang hari.

Bagi mereka yang ingin merasa kenyang lebih lama semasa berpuasa, apa kata cuba ikuti tips yang dikongsikan oleh seorang individu di akaun TikTok, Nur Hashida.

Bukan itu sahaja, jika anda ikut tips ini, anda juga dikatakan dapat mengurangkan berat badan sebanyak 10 kilogram. Jom ikuti perkongsiannya.

Tips mudah untuk kenyang lama semasa puasa

1. Makan kurma 3 biji

Wanita ini hanya mengambil tiga biji kurma sebagai makanan sahurnya. Seperti yang kita tahu, makan kurma ketika sahur dan berbuka adalah sunnah jika ia dimakan dalam bilangan ganjil.

2. Minum 2 gelas air kosong

Tidak dinafikan, pada bulan Ramadan minum minuman manis memang lebih menarik daripada meminum air kosong. Bagaimanapun, air kosong merupakan minuman terbaik untuk kesihatan tubuh badan.

3. Minum Mila Oat

“Saya minum Allura Mila Oat,” katanya.

Jelasnya lagi, mila oat ni sejenis meal replacement yang berkhasiat yang mana bahan-bahan dalam sajiannya adalah kurma, rolled oat, chia seed, delima, apricot, vitamin c, badam dan susu skim. Untuk pengetahuan anda, bahan-bahan ini tinggi serat dan dapat membantu perut kekal kenyang untuk tempoh yang lama, tetapi pada masa yang sama ia rendah kalori iaitu 110 kalori sahaja. Jadi, berat anda lebih senang turun bila anda dapat mengawal kalori harian tanpa perlu merasa stres tahan lapar.

Boleh dikatakan makanan ini paling mudah untuk disediakan. Mana taknya, menurut wanita ini hanya dua minit sahaja masa yang perlu diambil untuk menyiapkan hidangan tersebut. Bukan sahaja mudah untuk disediakan, malah lebih kenyang hingga waktu berbuka.

Semoga tips di atas membantu kita semua dan selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh negara. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna daripada sebelumnya.

Untuk video penuh, boleh tonton di bawah.

@nurhashida92

tak lama lagi nak puasa #tiktokmalaysia #nakkurus #lostweight

♬ bunyi asal – Pak abas – Pak abas

BACA: Dibanjiri Lautan Manusia, Suasana Tarawih Pertama Di Masjid Hagia Sophia Selepas 88 Tahun

Sumber: Nurhashida92

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang