Sebut pasal Ramadan, buah kurma sememangnya sinonim dengannya dan ia lazim dijual di pasaran ketika bulan puasa. Kurma biasanya menjadi sajian utama ketika berbuka dan bersahur, selain turut merupakan sunnah Rasulullah SAW.
Dari sudut lain, kurma juga mempunyai banyak manfaatnya. Jadi, tidak hairan mengapa buah kurma ini menjadi makanan kesukaan Nabi Muhammad SAW semasa melaksanakan ibadah puasa.
Kurma merupakan tanaman yang tumbuh di daerah padang pasir, atau lebih tepat di wilayah Timur Tengah. Oleh itu, kurma ini sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Arab di sana.

Namun, tahukah anda, di Timur Tengah sana bukan sahaja tempat tinggal bagi orang Muslim, namun ia juga tempat tinggal orang bukan Islam seperti Yahudi, Kristian dan sebagainya.
Sementara itu, ada sesetengah adat dipercayai di Timur Tengah, mereka menjadikan kurma dijadikan makanan penyambut tetamu. Oleh itu, kurma bukanlah hanya ‘dihidang’ ketika bulan Ramadan semata-mata.
Dikatakan juga, kurma mampu memberikan tenaga kepada tubuh badan. Dipercayai ramai yang berpendapat bahawa rasa manis kurma mampu memberikan tenaga kepada tubuh badan manusia.
Hal ini dipercayai kerana nilai kandungan zat glukosa yang terkandung di dalam kurma dapat diubah menjadi tenaga yang dibekalkan kepada otot-otot tubuh manusia.
Merujuk Indozone, sesetengah masyarakat Timur Tengah percaya bahawa dengan mengambil kurma sebanyak tujuh biji pada waktu pagi dapat melindungi seseorang daripada terkena racun dan sihir.
Sumber : Indozone