Siakap Keli
masalah paru-paru
Gambar Via Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial - KELSS

Hidap Masalah Paru-Paru & Pernafasan, Adik Naqib Perlukan Bantuan

Tidak semua orang dilahirkan dalam keadaan yang sempurna, ada yang diuji dengan pelbagai masalah penyakit yang sangat berat untuk dihadapi. Seperti yang dilalui oleh Ahmad Naqib Irfan Ahmad Faziemi ini yang menghidap masalah paru-paru dan pernafasan.

Baru berusia tiga bulan, adik Naqib dikatakan terpaksa bergantung pada mesin oksigen setiap masa.

Menurut Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial – KELSS, ibu bapanya terpaksa berdepan dengan bebanan kos susu khas, beg susu, isian semula oksigen serta kos ulang alik rawatan susulan.

Gambar Via Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial – KELSS

Perlukan bantuan

Mereka yang tinggal di Kampung Kutan, Pasir Pekan, Kelantan itu memerlukan bantuan untuk meringankan beban tersebut.

Baru-baru ini kru sukarelawan kami di sana meluangkan masa mengunjungi adik Naqib bagi melihat secara dekat keadaan dan keperluannya.

Kami dengan ini melancarkan sebuah tabung khas bertujuan mengajak rakyat Malaysia untuk bersama berkongsi rezeki bagi meringankan kos bebanan keluarga ini – KELSS

Gambar Via Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial – KELSS

Bantuan hasil kutipan tabung ini akan diserahkan dalam bentuk berikut selepas selesai proses pembelian:

Pertama, hasil kutipan adalah dalam bentuk bekalan susu khas ‘Novalac Easinova’ 800g selama 8 bulan.

RM92.85 x 4 tin sebulan x 8 bulan
= RM2,971

Kedua, mereka juga akan mendapat tiga bulan bekalan beg susu MedCaptain

RM520 x 1 kotak sebulan x 3 bulan
= RM1,560

Ketiga, bantuan tunai one-off juga akan diberikan untuk kos ulang-alik rawatan susulan dan kos isi semula oksigen

= RM1,000

Jumlah keseluruhan bagi semua bantuan di atas adalah sebanyak RM5,531.

Bagi anda yang ingin menyalurkan sumbangan, anda boleh menyumbang di akaun rasmi seperti yang dipersetujui oleh ibu bapa adik Naqib, di bawah ini.

8602 4983 68 – CIMB

KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL

Tidak cuma itu, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kekeliruan, anda boleh menghubungi nombor WhatsApp di talian 60179404640.

Gambar Via Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial – KELSS

BACA: Sebak, Asnaf Tepati Janji, Mohon Keluar Dari Bantuan Zakat Setelah Dapat Kerja Tetap

Sumber: Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial – KELSS

Sofea

There's always another side to every story