Siakap Keli
Gambar Tor nightfire via Google

Kisah Tamim Ad- Dariy, Pemuda Yang Bertemu Dengan Dajjal Di Pulau Tak Berpenghuni

Terdapat hadis sahih riwayat Imam Muslim yang menceritakan sebanyak 30 orang yang pernah bertemu dengan Dajjal. Kisah ini diceritakan oleh Tamim ad Dariy kepada Rasulullah SAW.

Menurut Tamim, dia menaiki kapal bersama 30 orang orang Arab. Ketika menaiki kapal tersebut, mereka telah dipukul dengan ombak yang sangat kuat selama 30 hari sehingga mereka hilang arah.

Selama 30 hari itu, mereka berada di atas lautan  dan akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau yang mereka sendiri tidak tahu dimana.

Lalu, Tamim menyuruh untuk menurunkan sampan dan mereka menuju ke arah pulau tersebut untuk mencari air bersih dan berehat.

Dalam keadaan mereka sedang berehat, datang seekor binatang yang besar dan pelik menuju ke arah mereka. Digambarkan binatang tersebut berwarna hitam dan berbulu lebat menutupi keseluruhan badannya.

Kemudian, binatang itu datang  bercakap dan bertanya kepada kami, “Siapakah kalian?”

“Kami adalah pemuda Arab yang beragama Kristian,” jawab Tamim.

Dalam keadaan kehairanan lalu mereka bertanya kembali, “Engkau pula siapa?”

“Aku adalah ‘Al-Jassasah’. Di tengah pulau ini, terdapat seorang tahanan yang dah lama menunggu khabar berita daripada orang Arab. Pergilah kalian berjumpa dengan lelaki itu,” kata binatang itu.

Pemuda-pemuda pada ketika itu tercengang namun mereka tetap meneruskan perjalanan masuk ke dalam hutan. Lalu apabila memasuki hutan tersebut, mereka mendapati ada seorang tahanan lelaki.

Perkara itu membuatkan mereka berasa sangat terkejut kerana terdapat seorang lelaki yang bertubuh besar, berambut panjang dan kerinting sedang bersandar di dalam gua.

Dikatakan, tangan dan kaki lelaki itu dirantai dengan rantai yang sangat besar dan berat sehinggakan dirinya tidak dapat bergerak. Lalu lelaki itu bertanyakan kepada Tamim dan rakan-rakannya “Siapakah kalian?”

“Kami adalah pemuda Arab yang berbangsa Nasrani dan menceritakan bagaimana boleh sampai sehingga ke pulau ini,” jawab Tamim

“Kamu pula siapa?” tanya Tamim kepada lelaki tahanan itu, namun tidak dijawab. Sebaliknya lelaki itu menanyakan mereka dengan empat soalan lain.

Soalan pertama adalah “Bagaimanakah keadaan Tasik Tabariyah sekarang?”

Lalu mereka menjawab “Tasik Tabariyah sekarang airnya sangat banyak dan ramai orang gunakannya,”

“Suatu hari nanti, tasik itu akan kering,” jawab lelaki itu lalu bertanyakan lagi soalan kepada mereka, “Bagaimana pula dengan ladang Baisan?”

“Ladang Baisan sekarang sedang berbuah dengan sangat lebat,” jawab mereka lagi.

“Suatu hari nanti, ladang itu tidak akan berbuah lagi,” kata lelaki tahanan itu dan bertanya lagi, “Bagaimana pula dengan mata air Zughar?”

“Masih lagi banyak airnya,” jawab pemuda-pemuda Arab itu.

“Suatu hari nanti, mata air Zughar akan kering,” jawab lelaki itu.

Soalan yang terakhir ditanyakan oleh lelaki itu adalah, “Adakah nabi yang tidak pandai membaca mahupun menulis telahpun diutuskan?”

Jawab mereka lagi “Ya,” maka lelaki itu pun bertanya lagi, “Adakah nabi itu berperang atau diperangi?”

“Ya, dan setiap kali berlaku peperangan dia pasti akan menang,” jawab pemuda-pemuda itu lagi.

“Alangkah beruntungnya sesiapa yang mengikuti nabi itu kerana sesungguhnya dia termasuk dalam kalangan orang-orang yang benar. Dan sekiranya, kesemua tanda-tanda itu telah terjadi, maka hari untuk aku dibebaskan adalah semakin hampir,” kata lelaki tahanan itu.

Lelaki itu turut berkata lagi kepada mereka, “Engkau yang melihat aku yang dalam keadaan diikat ini adalah ‘al-Masih al-Dajjal'” kata lelaki itu.

Selepas daripada itu, kata-kata yang diucapkan oleh Dajjal memberikan kesan yang mendalam terhadap Tamim itu tadi.

Tamim seterusnya menuju ke Madinah untuk bertemu dengan Rasulullah SAW dan menyatakan keIslamannya.

Berbalik kepada zaman sekarang, Tasik Tabariyah yang berada di Israel mencatatkan kadar penurunan air setiap bulan. Ladang Baisan pula terletak di Palestin, ladang itu sekarang sudah menjadi tanah yang lapang.

Yang ketiga ialah mata air Zughar. Menurut ulama, mata air ini adalah ‘Laut Merah’, juga menunjukkan paras air yang semakin surut.

Di bulan yang penuh barakah ini, marilah sama-sama kita memperbanyakkan lagi amalan dan keimanan kita terhadap Allah SWT agar terhindar daripada fitnah-fitnah Dajjal.

Sumber: Youtube Siakap Keli

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.