Siakap Keli
wanita bawa makcik oku terima bezza
Gambar: Ebit Lew

Rezeki 1 Ramadan, Wanita ‘Viral’ Bawa Makcik OKU Naik Motor 3 Roda Ke Klinik Terima Bezza

Rezeki tidak disangka-sangka pada 1 Ramadan, seorang wanita berhati mulia yang pernah membawa OKU ke klinik menerima hadiah kereta.

Di bulan Ramadan ini, ramai yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Dari siang hingga ke malam, setiap amalan kebaikan yang dilakukan akan terhitung walaupun sebesar zarah.

Baru-baru ini, tular seorang kakak membawa orang kurang upaya (OKU) iaitu emak saudaranya sendiri menaiki motosikal di tengah jalan.

Kegigihannya yang sanggup membawa wanita warga emas OKU itu ke klinik dengan menaiki motosikal roda tiganya telah menyentuh hati ramai orang.

Tidak kurang juga, ia juga turut tular sehingga sampai ke pengetahuan pendakwah dermawan terkenal, Ebit Lew.

Mungkin sudah ditakdirkan rezekinya ‘jatuh’ pada Ramadan pertama iaitu hari ini, Ebit Lew tekad memberikannya sebuah ‘pemberian’ bermakna.

Jika mahu tahu selanjutnya, mari baca perkongsian Ebit Lew di laman Facebooknya seperti di bawah ini.

Rezeki 1 Ramadan, Wanita Bawa Makcik OKU Naik Motor 3 Roda Ke Klinik Terima Bezza

Gambar Facebook Ebit Lew

Sebak syukur rasa. 1 Ramadan kami dapat hadiahkan kereta Perodua Bezza baru untuk kakak yang viral kebaikannya menjaga makciknya sakit OKU dengan bawa berniaga ke mana-mana dalam motor roda tiga di Terengganu. Syukur pada Allah sangat-sangat.

Lepas Subuh terus ke Terengganu. Sampai tadi akak ni terkejut dan gembira. Saya terus bawa kakak ni beli kereta dekat Perodua Kuala Terengganu. Baik layanan semuanya terus kami bayar cash kereta ni untuk hadiah pada kakak ni.

Kakak ni kuat kerja jual aiskrim potong. Siapa nak beli aiskrim potong beliau akan hantar dengan motor roda 3 ke mana-mana. Beliau juga tidak suka bergantung dan berharap pada sesiapa.

Jika sesiapa nak bantunya boleh beri aiskrim potongnya dan sponsor ke untuk anak yatim atau majlis buka puasa. Sebelum ini sambung ijazah sarjana master tapi terhenti kerana keadaan kewangan dan menjaga makcik yang sakit

Makcik tadi tiba-tiba pegang tangan saya cium dan ketawa gembira je bila dapat kereta baru. Semoga Allah berkati keluarga ini dan berikan rezeki mencurah-curah buatnya.

Gambar Facebook Ebit Lew
Gambar Facebook Ebit Lew
Gambar Facebook Ebit Lew
Gambar Facebook Ebit Lew

Sumber: Facebook Ebit Lew

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?