Sebanyak kira-kira 100 sampel air zamzam diperiksa setiap hari di Masjidil Haram bagi menjamin kualitinya sebelum diberikan kepada jemaah.
Menurut Ketua Hal Ehwal Dua Masjid Suci yang diwakili makmal, kualiti air zamzam itu diperiksa dengan mengambil sampel secara rawak sebelum menganalisisnya secara mikrobiologi dan kimia.
Menurut Saudi Gazette, ujian tersebut dijalankan di makmal khas yang berada di atas bumbung Masjidil Haram yang dilengkapi dengan piawaian antarabangsa yang canggih.
Difahamkan, kader terlatih telah ditugaskan untuk menjalankan ujian yang diperlukan dalam merujuk kepada keputusan pentadbiran sumber air berkenaan di Masjidil haram secara tetap.
Kakitangan makmal akan mengambil sampel harian dari semua sumber air zamzam di Masjidil Haram untuk memastikan keselamatannya.
Ia akan dipastikan tidak mempunyai sebarang mikroorganisma sebelum dibekalkan kepada jemaah dengan kualiti terbaikdan sesuai dengan standard kesihatan antarabangsa.
Kemudian, sampel akan dianalisis secara biologi pula melalui pembersihan kabin keselamatan (tempat yang ditetapkan untuk analisis) dengan ultraungu dan menyediakan persekitaran yang diperuntukkan untuk memeriksa bakteria serta menggabungkannya dengan air Zamzam.
Seterusnya, campuran itu akan dimasukkan ke dalam inkubator khas di bawah 37 darjah Celcius untuk tempoh antara 24 hingga 48 jam.
Mereka akan memerhati pertumbuhan bakteria (jika ada) sebagai penambahan kepada analisis kimia yang betujuan untuk memeriksa garam dan darjah PH serta peratusan klorin dan unsur-unsur lain dalam masa empat jam.
Air zamzam akan melalui satu prosedur kesihatan dan pencegahan bermula dari mengepam air dari telaga sehingga ia mencapai takungan penuh sebelum melalui peranti pensterilan, di mana mekanisme yang sama berlaku semasa mengangkut air ke masjid suci itu.
Ini dilakukan oleh pasukan khusus yang menyelia proses ini untuk memastikan pelaksanaan mengikut prosedur teknikal yang telah ditetapkan.
Sumber: Saudi Gazette