Indonesia – Satu gempa bumi sederhana dilaporkan telah berlaku di Utara Laut Maluku pada jam 9.44 pagi tadi.
Memetik ciapan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Twitter, gempa bermagnitud 5.3 itu berpusat di 2.1° Utara dan 127.0° Timur.
Ia berlaku dengan kedalaman 58 km dan 148 km Utara dari Ternate, Indonesia.
Bagaimanapun, gempa itu tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia.
GB sederhana bermagnitud 5.8 telah berlaku di Utara Laut Maluku pada 9:44 pagi, 5 April 2022. Pusat gempa bumi tersebut terletak 2.1° Utara dan 127.0° Timur dengan kedalaman 58 km. 148km Utara dari Ternate,Indonesia.Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/3RQeTaaIJP
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) April 5, 2022
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia