Siakap Keli
kes pertama mutasi
Gambar Via CNN Indonesia

Kes Pertama Mutasi Varian Baharu Omicron, XE Dikesan Di Thailand

Bangkok – Thailand kini dilapor mempunyai kes pertama mutasi varian baharu Omicron yang dipanggil sebagai ‘XE’, seminggu setelah ia pertama kali dikesan di Britain.

Memetik portal The Thaiger, Pusat Perubatan Genomics Hospital Ramathibodi mengesahkan mengenai kes pertama tersebut pada Sabtu lalu.

Ia dikatakan hasil daripada rekombinasi varian BA.1 dan BA.2.

Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan kebimbangan mengenai varian baharu itu pada minggu lalu.

Pihaknya juga memberi amaran bahawa XE merupakan strain koronavirus baharu yang paling mudah berjangkit walaupun tahap keparahannya masih lagi disiasat.

Pertama kali dikesan di Britain

Varian XE pertama kali dikesan di negara Britain dengan Agensi Keselamatan Kesihatan Britain berkata ia mempunyai tiga mutasi baharu yang tidak terdapat dalam subvarian induknya.

Sehingga dua minggu lalu, varian XE hanya dikesan di Britain dengan 637 kes yang telah disahkan.

Setakat ini terdapat 6 rekombinasi Omicron BA.1 dan BA.2 yang sedang disiasat iaitu strain XE, XG, XH, XJ, XK dan XL.

Dengan pengumpulan data yang berterusan, XE didapati 9.8 peratus lebih mudah berjangkit daripada varian Omicron terdahulu.

“Setakat ini tidak ada bukti yang mencukupi untuk membuat kesimpulan tentang kebolehjangkitan, keseriusan atau keberkesanan vaksin,” kata agensi itu.

Untuk strain XD, ia mula dikesan pada penghujung 2021 dan pada 22 Mac. Ketika itu, 48 sampel telah ditemui di Perancis, Denmark dan Belgium.

Sementara itu, Thailand mencatatkan 26,840 jangkitan baharu COVID-19 pada Ahad lalu dengan 97 kematian.

Bangkok dikatakan terus menjadi ‘titik panas’ di negara itu dengan ratusan jangkitan di wilayah Chon Buri, Nakhon Si Thammarat dan Samut Sakhon.

Malaysia belum ada kes mutasi XE

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata mutasi XE itu masih belum dikesan di negara ini, lapor Astro Awani.

Menurutnya, kementerian kini sedang mengikuti perkembangan varian tersebut yang belum diketahui ciri-cirinya setakat ini.

“Ada dua benda yang kita tengok dengan varian baru ini, kebolehjangkitan dia dan keseriusan dia, dua perkara.

“Kebolehjangkitan Omicron contohnya lagi tinggi daripada Delta sebab itu kes melambung naik tapi keseriusannya lebih sederhana daripada Delta, sebab itu kita punya Unit Rawatan Rapi pun tak penuh lagi macam dulu,” katanya.

BACA: Tiada Kes Mutasi Baharu Varian Omicron XE Setakat Ini – Khairy

Sumber: The Thaiger

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.