Siakap Keli

Cara Nak Buat ‘5 Klik’ Panggilan SOS Di Iphone, Boleh Minta Bantuan Penyelamat Ketika Kecemasan

Teknologi sekali lagi berjaya membuktikan manfaatnya kepada manusia.

Seorang peluncur salji berjaya diselamatkan oleh ‘fungsi’ panggilan kecemasan yang tersedia di telefon pintar Iphone apabila terjatuh dan terjunam dalam gaung salji yang dalam.

Tim Blakey menceritakan semula pengalaman ‘ngeri’ yang berlaku pada Mac lalu apabila sedang meluncur bersendirian di atas glasier di Apls, Zermatt, Switzerland.

Pada mulanya, aktiviti sukan tersebut berjalan dengan agak lancar. Namun, masalah bermula apabila Blakey cuba meluncur menuruni bukit. Ketika berada di ketinggian 3,048 meter (10,000 kaki), Blakey tiba-tiba terjatuh ke dalam celah jurang ais, dengan kedalaman lima meter.

Dalam situasi cemas, Blakey cuba mencapai iPhone miliknya yang hanya mempunyai tiga peratus cas bateri. Lelaki ini cuba menggunakan ciri SOS kecemasan pada telefon pintar Apple yang membolehkannya untuk membuat panggilan dan menghantar mesej kepada orang yang didaftarkan sebagai kenalan kecemasan.

Walaupun ketika insiden itu, dia berada di beberapa kaki di bawah permukaan ais, telefon pintar masih mempunyai sambungan 3G.

“Terima kasih Apple, butang sisi (on/off) klik sebanyak 5 kali untuk bantuan kecemasan,” tulisnya di laman Instagram.

Tekan butang ‘on-off’ sebanyak 5 kali untuk situasi kecemasan

Ciri bantuan kemudiannya diaktifkan dengan menekan butang on/off sebanyak lima kali berturut-turut. Usaha Blakey ternyata membuahkan hasil. Selepas 20 minit bergelut seorang diri akhirnya dia mendapatkan seseorang untuk menolongnya.

Ciri panggilan kecemasan yang terdapat pada iPhone berjaya memanggil pasukan penyelamat “Swiss Rescue” melalui sambungan rangkaian 3G, diikuti percubaan menyelamat Blakey dari lubang itu.

Selepas dikeluarkan dari lubang tersebut, Blakey segera dikejarkan ke hospital bagi merawat kecederaan buku lali yang dialaminya. Dia selamat tiba di London pada malam yang sama selepas insiden itu.

Untuk rekod, Blakey sudah terlibat dalam hobi itu selama 17 tahun.

Peluncur ini juga menasihati orang ramai agar tidak lalai dengan situasi seperti ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tim Blakey (@mrtimblakey)

Bagaimana untuk membuat panggilan SOS pada Iphone?

Bagi Iphone yang tiada ‘home button’ anda perlu ikut cara seperti di bawah.

Pertama, tekan butang sisi serentak dengan salah satu butang volume sehingga panggilan SOS kecemasan muncul di skrin. Seterusnya, anda boleh terus seret ke tepi untuk memanggil perkhidmatan kecemasan di tempat anda.

Jika anda terus menekan pada dua butang tersebut, akan bunyi kiraan detik amaran berbunyi, jika anda terus menekannya secara automatik panggilan terus kepada pihak keselamatan.

Seperti yang SK lakukan, untuk peranti ini juga boleh klik sebanyak 5 kali berturut-turut pada butang sisi ‘on/off’ sehingga muncul SOS Kecemasan.

Bagi pengguna Iphone 7 ke bawah, anda perlu ikut langkah seperti ini.

Pertama sekali, anda perlu tekan butang sisi sebanak lima kali dan SOS Kecemasan akan muncul. Seterusnya, anda perlu seretkan ke tepi untuk membuat panggilan kecemasan.

Jika anda tidak sengaja membuat panggilan kecemasan, anda boleh terus hentikan panggilan. Selepas panggilan tamat, telefon pintar anda akan ‘ping’ kecemasan dan lokasi semasa melainkan jika anda terus tekan ‘cancel’.

Sekiranya lokasi anda berubah, panggilan anda akan mendapat kemaskini dan anda turut mendapat notifikasi selepas 10 minit.

Macam mana nak hentikan kongsi lokasi kecemasan?

Untuk terus tutup kemaskini tersebut, klik pada butang status dan pilih ‘Stop Sharing Emergency Location’. Jika anda sentiasa buka notifikasi untuk dikongsi, anda akan menerima peringatan untuk menutupnya setiap empat jam selama 24 jam.

Sumber: Mr Tim Blakey, The Sun

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.