PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia bekerjasama dan mengalu-alukan kajian klinikal ganja di negara ini bagi tujuan perubatan.
Perkara tersebut disampaikan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin menerusi sebuah hantaran di laman Twitter miliknya hari ini.
”Terdapat banyak perbincangan mengenai penggunaan ganja dalam perubatan. KKM tetap konsisten dalam mengamalkan polisi berdasarkan bukti.
“Oleh sebab itu kami mengalu-alukan kajian klinikal tentang penggunaan CBD (cannabidiol) untuk tujuan perubatan yang boleh diselaraskan di bawah Institut Kajian Klinikal (ICR) dan Clinical Research Malaysia (CRM),” kata beliau.
Setakat ini, Khairy memaklumkan bahawa masih belum terdapat penyerahan penuh kajian atau percubaan klinikal berhubung perkara ini.
”Banyak luahan minat (terhadap penggunaan ganja dalam perubatan) ceramah serta advokasi di media sosial.
“Jadi, pihak KKM mengalu-alukan penyelidikan daripada pihak industri atau golongan akademik terhadap kegunaan CBD untuk tujuan perubatan. Kami bersedia untuk bekerjasama,” jelas Khairy.
Much discussion of late on medicinal use of marijuana. @KKMPutrajaya has been consistent in practicing evidence-based policies. That’s why we have welcomed clinical studies for the use of CBD for medicinal purposes. This can be coordinated by @ICR_NIH & @ClinicalRsrchMY.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) April 6, 2022
Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin