Siakap Keli
Gambar: BAM

Tiga Wakil Negara Berjaya Mara Ke Pusingan Seterusnya Di Terbuka Korea

Tiga wakil dari Malaysia telah berjaya menumpaskan saingan masing-masing dalam pusingan 16 Terbuka Korea 2022 yang berlangsung sebentar tadi.

Kesemua mereka terdiri daripada pemain perseorangan wanita negara dan pasangan beregu campuran negara.

Pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei telah menumpaskan pemain tuan rumah, Lee Se Yeon dengan kemenangan 21-17, 17-21 dan 21-12.

Sementara itu, pasangan beregu campuran, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berjaya ke saingan seterusnya dengan menewaskan beregu dari Korea Selatan, Na Sung Seung – Kim Min Ji.

Kemenangan mereka diraih melalui straight set dengan mata 21-11 dan 21-9.

Manakala, pasangan Ong Yew Sin-Goh Liu Ying pula menang tanpa bertanding.

Kemenangan yang diraih kesemua mereka itu telah berjaya membuatkan mereka menempah tiket ke perlawanan seterusnya.

Maklumat lanjut akan menyusul.

Sumber: BAM

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.