Siakap Keli

Ini Cara Mohon Bantuan Subsidi Beli Carseat Program MYCRS Keluarga Malaysia

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan satu program dimana ibubapa yang layak boleh memohon bantuan subsidi untuk membeli kerusi keselamatan kanak-kanak atau carseat dibawa program MYCRS Keluarga Malaysia.

Program ini dilancarkan bagi golongan B40 demi meningkatkan keselamatan kanak-kanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Walaupun program ini sudah lama dilancarkan, mungkin masih ada dalam kalangan kita masih tidak tahu dengan kewujudan program ini dan terlepas peluang untuk membuat permohonan.

Justeru, kerajaan telah mengumumkan bahawa permohonan baharu bantuan ini telah dibuka semula bermula 1 Mac lalu sehingga 31 September 2022.

Berikut kami kongsikan cara untuk ibubapa-ibubapa membuat permohonan bantuan subsidi ini.

Pertama, anda perlulah terlebih dahulu melayari laman web MYCRS Keluarga Malaysia di https://www.mycrs.gov.my/. Kemudian anda akan dipaparkan dengan paparan seperti dibawah.

Sila klik pada ruang ‘Permohonan’. Seterusnya, satu paparan seperti dibawah akan terpapar. Anda dikehendaki melengkapkan kesemua 6 ruang kosong yang disediakan. Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat. Kemudian tekan ‘Hantar’.

Bila boleh semak?

Bagi mereka yang membuat permohonan sebelum 31 Mac, status permohonan boleh disemak bermula 1 April. Manakala permohonan baharu yang dibuat selepas 1 April, status semakan boleh dibuat dalam tempoh 3 hari bekerja.

Untuk membuat semakan, sila ke pautan yang disediakan dia atas dan klik pada ruang ‘Semakan’.

Status permohonan anda akan dipaparkan seperti dibawah.

Anda boleh mendapatkan maklumat penuh berhubung tatacara membuat permohonan dan membuat semakan dengan menekan ‘Panduan Pengguna’.

Siapa yang layak memohon?

Menurut panduan yang disediakan oleh MYCRS Keluarga Malaysia, berikut adalah mereka yang layak memohon bantuan subsidi ini.

Pertama, anda mestilah penerima bantuan dari kategori B40 pendapatan isi rumah. Kedua, berkahwin dan mempunyai anak/anak angkat/anak jagaan berusia kurang daripada 12 tahun.

Ketiga, ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak berusia kurang daripada 12 tahun.

Seterusnya, anak angkat mestilah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan terakhir, mestilah merupakan warganegara yang menetap di Malaysia.

Jumlah subsidi yang layak dituntut?

Terdapat dua jenis subsidi yang disediakan iaitu potongan harga 50 peratus atau sehingga maksium RM 150 daripada harga jualan carseat. Rujuk infografik dibawah.

Setiap isi rumah hanya dibenarkan membuat tuntutan pembelian 1 carseat sahaja.

Dimana nak buat tuntutan subsidi MYCRS Keluarga Malaysia?

Anda boleh membuat tuntutan subsidi di premis yang berdaftar seperti di dalam senarai yang dilampirkan di laman web MyCRS (www.mycrs.gov.my).

Tempoh sah tuntutan subsidi adalah selama dua (2) bulan daripada tarikh permohonan anda berjaya. Namun begitu, anda digalakkan membuat pembelian awal kerana subsidi ini atas dasar siapa cepat dia dapat kerana kuota pembelian subsidi adalah terhad kepada 188,000 penerima sahaja. Oleh demikian, pemberian subsidi adalah bergantung kepada tarikh dan masa pembelian, BUKAN pada tarikh pendaftaran.

Untuk soalan penuh FAQ, anda boleh klik disini. Selamat memohon dan semoga berjaya.

Sumber: MYCRS Keluarga Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.