Siakap Keli
liga super malaysia

Detik Epik Kedah Lawan Sri Pahang Dalam Liga Super Raih Perhatian Media Antarabangsa

Liga Super Malaysia mencuri tumpuan media antarabangsa apabila penjaga gol Sri Pahang FC, Mamadou Samassa gagal menyempurnakan percubaan sepakan basikal ketika menentang Kedah Darul Aman FC pada Rabu lalu.

Video ketika detik-detik tersebut telah dimuatnaik oleh Sky Sports di Instagram sehingga menarik perhatian netizen dari seluruh dunia.

“Percubaan sepakan basikal yang gagal daripada penjaga gol, kekosongan garisan gol juga luar biasa, klip 20 saat daripada Liga Super Malaysia ini sangat mendebarkan,” kata Sky Sports.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sky Sports (@skysports)

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 833,652 tontonan dan dibanjiri komen-komen dari netizen dari Malaysia dan luar negara.

Terdahulu, perlawanan di antara kedua-dua pasukan tersebut telah berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Menerusi perlawanan itu, Kedah Darul Aman FC telah menewaskan Sri Pahang FC dengan mata 1-0.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilaporkan akan mengambil tindakan tegas kepada semua pegawai perlawanan yang bertugas pada malam itu.

Memetik laporan Sinar Harian, ia susulan laporan daripada Penilai Pengadil yang mendapati terdapat kesalahan dilakukan oleh pengadil dalam membuat beberapa keputusan dalam perlawanan itu.

“Biarpun tidak menerima sebarang surat aduan daripada Sri Pahang FC, Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil telah melakukan siasatan, penelitian dan analisis menerusi rakaman video, dan mendapati bahawa memang terdapat kesalahan dilakukan oleh pegawai-pegawai perlawanan.

“Jawatankuasa Pengadil FAM seterusnya akan mengambil tindakan tegas termasuk tindakan penggantungan daripada sebarang tugasan perlawanan terhadap pegawai-pegawai perlawanan tersebut,” kata Penolong Setiausha Agung FAM, Abang Zulkarnain Abang Abdurahman.

Sumber: Sky Sports, Sinar Harian

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.