Siakap Keli
tempoh penjara seumur hidup
Gambar hiasan via MKN/Google

Tempoh Penjara Seumur Hidup, Benarkah Ikut Usia Pesalah? Ini Penjelasan Peguam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tempoh penjara seumur hidup, benarkah jangka masanya mengikut usia pesalah seperti yang dianggap kebanyakan orang?

Seperti yang sedia maklum, di Malaysia terdapat undang-undang yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat tidak mengira lapisan umur dan status.

Jika kita melanggar mana-mana peraturan-peraturan dalam undang-undang negara, pasti terdapat hukuman yang telah ditetapkan oleh mahkamah.

Oleh itu, kami kongsikan sedikit pada hari ini berkaitan hukuman penjara seumur hidup. Mungkin ada diantara kita yang menyangka pesalah itu akan dipenjara kekal hingga mati.

Mungkin juga ada yang menyangka hukuman itu mengikut jangka hayat hidup seseorang. Sebagai contoh, jika yang menerima hukuman berumur 20 tahun, maka akan dipenjara 20 tahun. Sebenarnya kenyataan itu salah.

Mengupas lebih lanjut, kami kongsikan maklumat yang diberikan oleh seorang peguam, Mufarwa Farid menerusi laman Facebook miliknya. Ikuti perkongsian di bawah yang telah kami kongsikan berkaitan isu ini, semoga bermanfaat.

Maksud di sebalik penjara seumur hidup

Gambar via Mufarwa Farid

Penyataan ini kurang tepat. Secara umumnya, ‘penjara seumur hidup’ adalah penjara 30 tahun, bukannya ikut umur pesalah itu. 

Ini jelas apabila Seksyen 3 Akta Keadilan Jenayah 1953 menyebut:

“Sekiranya ada orang yang telah dijatuhkan hukuman atau selepas ini dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, hukuman tersebut akan dianggap sebagai hukuman penjara selama TIGA PULUH tahun.”

Secara umumnya, seumur hidup itu adalah 30 tahun (sebelum 2007, ianya 20 tahun). Jadi, tak tepat apabila kita katakan ‘seumur hidup’ itu adalah sama umur dengan pesalah.

Namun begitu, hanya ada dua akta yang takrifkan seumur hidup sebagai tempoh umur pesalah. Iaitu Akta Senjata Api 1960 dan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Yang ini, betul. Kalau seseorang itu melakukan kesalahan dalam akta-akta tersebut yang membawa hukuman penjara seumur hidup, maka kalau umurnya 25 tahun, penjaranya juga 25 tahun.

Tapi, akta-akta lain semuanya ikut 30 tahun sepertimana dalam Akta Keadilan Jenayah tadi.

Penjara Sepanjang Hayat pula, adalah penjara yang selama-lamanya tanpa sebarang tarikh pelepasan. Melainkan dapat Pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

Penjara sepanjang hayat tak sama dengan sepanjang hidup.

Oleh itu, penyataan tersebut tak betul, tapi tidaklah salah secara keseluruhan. Moga dapat betulkan penyataan kurang tepat yang dah bertebaran selama hari ini.

Gambar via Mufarwa Farid

Seksyen 3 Akta Keadilan Jenayah 1953 yang mentakrifkan penjara seumur hidup sebagai penjara 30 tahun.

BACA JUGA: Guru Agama Rogol 13 Pelajar: Hukuman Penjara Seumur Hidup Ditukar Hukuman Mati

Gambar via Mufarwa Farid

Seksyen 2 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang takrifkan seumur hidup sebagai tempoh hayat pesalah itu.

Sumber: Mufarwa Farid

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.