Pancing ikan merupakan salah satu aktiviti masa lapang yang sangat popular terutamanya dalam kalangan lelaki. Kebiasaannya, kaki pancing akan menggunakan pelbagai jenis umpan yang boleh didapati dengan mudah di sekeliling mereka.
Tambahan pula, joran yang digunakan oleh mereka bukan sembarangan sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit.
Pemilihan joran yang sesuai menentukan hasil yang akan diperolehi nanti.
Bagaimanapun, joran bukanlah satu-satunya alat yang boleh digunakan untuk mendapatkan ikan yang banyak. Terdapat pelbagai cara lagi yang digunakan termasuk menggunakan anak buaya.
Buktinya dapat dilihat menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pemancing, Tony Fishing di saluran YouTube miliknya.
Menerusi video itu, lelaki tersebut dilihat mencari lokasi ikan terlebih dahulu sebelum mengorek satu lubang.
Setelah itu, dia memasukkan seekor anak buaya ke dalam lubang tersebut.
Tidak lama kemudian, beberapa ekor ikan yang agak besar dilihat melompat keluar satu persatu.
Teknik menggunakan anak buaya itu dilihat sangat berkesan dan menarik perhatian ramai.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, tonton video seperti berikut:
Sumber: Tony Fishing