Siakap Keli
cara kawal screen time anak kecil
Gambar: TechRadar/Ameen Misran

Lelaki Kongsi Cara Kawal ‘Screen Time’ Anak Kecil, Buang Dua Aplikasi Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Apakah cara kawal screen time anak kecil yang paling baik boleh diamalkan? Apakah ia benar-benar membantu mengawal anak menggunakan gajet?

Apabila anak-anak kecil buka sahaja mata ketika bangun tidur, ada sesetengahnya mungkin ‘disajikan’ dengan pelbagai jenis hiburan seperti alat permainan, rancangan kartun di TV mahupun telefon pintar.

Bagi kita, membiarkan anak menggunakan telefon pintar adalah salah satu cara yang paling mudah untuk ‘mengambil hati’ mereka supaya berasa selesa dan tidak merengek atau menangis.

Namun pernahkah anda terfikir, tindakan sebegitu tidak mustahil boleh mengakibatkan anak-anak kecil tersebut boleh terdorong ke arah gejala yang tidak sihat? Barangkali risiko yang terbesar adalah ketagihan.

Jadi, bagaimanakah cara yang sebenarnya untuk kita mengawal anak-anak kecil daripada berasa ketagih terhadap skrin atau gajet? Apakah ada solusi yang lebih baik untuk mengawal aktiviti ‘screen time‘ mereka?

Jawapannya, ada. Demikianlah seperti yang telah dikongsikan oleh seorang warganet bernama Ameen Misran baru-baru ini mengenai cara beliau mendidik anak-anaknya tentang penggunaan gajet.

Mari ikuti perkongsiannya di bawah. Semoga bermanfaat.

“Saya Buang Youtube Kids & Youtube…”, Lelaki Kongsi Cara Kawal ‘Screen Time’ Anak Kecil

Saya Buang “Youtube Kids” dan “Youtube”

Setelah seminggu saya buang Youtube dan Youtube for Kids dalam peranti Android Box untuk anak-anak, saya dapati anak-anak berubah.

Mereka kurang marah, kurang merengek, kurang “attached” dengan TV, bila waktu tutup tidak marah, tidak meminta-minta cerita apa hendak tonton, nampak lebih bertenang mereka ni. Seronok saya.

Saya pun membaca sedikit tentang keadaan ini. Rupanya anak ini, bila mereka sudah pandai pegang remote, mereka akan rasa “anxious” untuk tukar-tukar cerita atau cari keywords di Youtube/Youtube For Kids sehingga mereka puas hati.

Sama juga macam kita yang sudah besar panjang. Kita ada anxiety tak bila tengok Youtube? Bila semakin banyak cerita yang kita gemar keluar di “suggestion” Youtube, makin seronoklah kita sebab banyak cerita yang kita suka tengok. Agaknya apa kesan pada anak?

Gambar: Ameen Misran

Sebagai alternatif kepada anak-anak, mereka masih boleh tonton Nettlix Kids, Disney+Hotstar dan saya baru tambah UnifiPlayTV. Terpaksa berbelanja lebih untuk dapat siaran langsung UnifiPlayTV kerana siaran IPTV kan haram kalau beli di Shopee? Saya pun tak nak rasa bersalah.

Bagus siaran TV yang live ni tuan-tuan puan puan, anak-anak tidak boleh pilih nak tengok cerita apa, seterusnya mereka lebih “bertenang” dan “bersabar” berbanding Youtube yang bersifat user-centered. Tukar-tukar antara Nickelodeon atau Cartoon Network. Kemudian saya boleh buka documentary channels utk beri mereka tengok cerita selain cartoon seperti wildlife atau sealife.

Kemudian ada iklan, yang bagi anak-anak bertenang. Dulu saya kecil, masa iklan lah bergegas pergi ke tandas supaya tak terlepas sambungan cerita. Anak-anak sekarang nak pergi tandas je, tekan “pause”, baru pergi. Takda rasa sense of urgency pun haha

Point disini, mari kita kawal screen time anak-anak.

#daddysdiary

Sumber: Facebook Ameen Misran

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.