Siakap Keli
palestin mati

Lelaki Palestin Mati Ditembak, Selepas Didakwa Tikam Pegawai Polis Israel

JERUSALEM – Seorang warga Palestin didakwa bertindak menikam seorang pegawai polis Israel sebelum dia ditembak mati di Bandar Pelabuhan Israel Ashkelon pada Selasa.

Menurut polis, seorang pegawai menjalankan pemeriksaan kepada lelaki itu yang berusia lingkungan 40-an kerana kelihatan mencurigakan. Dalam insiden tersebut, lelaki itu didakwa mengeluarkan pisau dan menyerang pegawai berkenaan.

Bagaimanapun, pegawai itu bertindak dengan pantas dan melepaskan tembakan terhadap suspek. Lelaki tersebut disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

Pegawai polis yang mengalami cedera ringan itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Empat serangan tembakan, tikam dan merempuh kereta di bandar- bandar Israel telah menyebabkan 14 orang terkorban sejak akhir Mac lalu. Dalam tempoh yang sama, operasi dilaksanakan tentera Israel dilapor menyebabkan 15 rakyat Palestin terkorban, lapor AFP.

Terdahulu, pasaukan keselamatan Israel telah seorang wanita Palestin yang didakwa menikam seorang anggota polis di Hebron. Pada hari yang sama, tentera menembak mati seorang lagi wanita Palestin yang tidak bersenjata selepas dia dikatakan tidak mengendahkan amaran tembakan untuk berhenti berlari berhampiran bandar Bethlehem.

BACA: Polis Tahan Pemandu Lawan Arus, Langgar Dua Penunggang Motosikal Di SKVE

Sumber: AFP

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.