Lukisan monyet, beruk dan katak di Sidang Parlimen yang dihasilkan rupa-rupanya telah memikat hati DYMM Sultan Selangor.
Lukisan merupakan suatu karya seni yang mempunyai nilainya yang tersendiri. Sebilangan orang menganggap lukisan hanyalah melukis dan mewarna sahaja.
Namun, lukisan juga mampu mewarnai kehidupan seseorang. Ada sesetengah lukisan dijual pada harga yang tidak masuk akal, contohnya lukisan “Monalisa” yang bernilai jutaan ringgit.
Sebenarnya lukisan juga bergantung pada minat seseorang atau mempunyai persamaan tertentu. Lukisan melambangkan kepelbagaian maksud yang tersirat, tidak kiralah dalam aspek kehidupan mahupun tidak.
Terbaru, sebuah hasil karya seni lukisan unik telah menarik perhatian DYMM Sultan Selangor seperti yang dikongsi menerusi Twitter Selangor Royal Office hari ini.

“Sebuah hasil karya seni lukisan telah menarik perhatian DYMM Sultan Selangor.
“Sebaik melihatnya, Baginda berkenan untuk membeli karya lukisan itu.
“Satu hari nanti, Baginda berhasrat melelong lukisan ini dan hasil lelongan akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan,” maklum kenyataan tersebut.

Uniknya, lukisan monyet, beruk dan katak itu seolah-olah sedang ‘sibuk’ bersidang di kerusi masing-masing.


12 April 2022 ~ Sebuah hasil karya seni lukisan telah menarik perhatian DYMM Sultan Selangor.
Sebaik melihatnya, Baginda berkenan untuk membeli karya lukisan itu.
Satu hari nanti, Baginda berhasrat melelong lukisan ini dan hasil lelongan akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan. pic.twitter.com/kdTzc4n1Pt— Selangor Royal Office (@SelangorRoyal) April 12, 2022
Sumber: Twitter Selangor Royal Office