TAIPING – Seorang pemandu maut dihempap muatan konkrit selepas treler yang dipandunya terbabas di Kilometer 220, Lebuhraya Utara Selatan arah utara awal pagi tadi.
Memetik Awani, mangsa yang berumur 33 tahun disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan selepas dihempap konkrit.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan tentang kejadian tersebut kira-kira jam 4.43 pagi.
“Kemalangan melibatkan sebuah lori treler membawa muatan tiang konkrit terbabas ke bahu jalan menyebabkan pemandu dihempap dan dihimpit muatan konkrit tersebut,” jelasnya dalam satu kenyataan.
BACA: (Video) Mujur Sempat Lari, Detik Cemas Badan Lori Konkrit Meluncur Laju Hentam Kedai
Katanya, khidmat kren digunakan untuk mengangkat dan mengalihkan konkrit bagi mengeluarkan mangsa. Selepas itu, anggota bomba mengambil masa kira-kira 8 minit untuk mengeluarkan mangsa yang terhempap.
Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat sepenuhnya pada 8.35 pagi.
Sumber: Astro Awani