Ayah kepada pendakwah terkenal yang juga Mufti Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin meninggal dunia hari ini.
Menerusi perkongsian daripada ‘Insta-Story’ miliknya, beliau memaklum berita sedih tersebut dan memohon orang ramai untuk mendoakan keampunan untuk Allahyarham ayahandanya.
Berita sedih berkenaan turut dikongsikan oleh beberapa laman facebook sebentar tadi.
Tiga hari lepas, beliau ada memuat naik satu perkongsian di Instagram berkenaan keadaan kesihatan ayahnya.
Dalam perkongsian tersebut, beliau memaklumkan keadaan ayahnya yang ketika itu berada dalam keadaan kritikal.
Beliau juga tidak ketinggalan untuk meminta semua sahabat-sahabatnya mendoakan kebaikan untuk ayah beliau di bulan Ramadan yang mulia ini.
View this post on Instagram
Takziah diucapkan kepada keluarga Dr MAZA sekeluarga. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: Ig Dr Maza