Siakap Keli

Pergi Konsert Cocomelon Nak Hiburkan Anak, Terkejut Ayah Pula ‘Terlebih’ Joget Layan Lagu

Seringkali viral di laman media sosial video-video yang menunjukkan kanak-kanak kelam kabut berlari dan meloncat gembira apabila mendengar muzik pembukaan animasi ‘Cocomelon.’ Ini sudah cukup membuktikan bahawa animasi ini sangat popular dan menjadi trend sejak dahulu lagi.

Pernah tak anda mengalami pengalaman di mana anak kecil anda akan menangis jika rancangan tersebut terhenti seketika? Mesti pernah kan?

Cuba bayangkan pula, bagaimanapun perasaan anak-anak anda apabila dibawa ke konsert ‘Cocomelon’, pasti seronok kan?

Sama seperti pasangan ini membawa anak mereka pergi menonton konsert animasi itu. Pada awalnya, si ayah menolak ketika diajak pergi sebelum mengalah dan menurutui ajakan tersebut. Tiada siapa yang menyangka, ada perkara lucu yang terjadi di sana gara-gara kehadiran si suami yang telah menarik perhatian ramai.

Si isteri tanya suami untuk pergi ke konsert Cocomelon, suami jawab tak nak

Menerusi video yang dikongsikan oleh Abbie Herbert, ketika lagu ‘Head Shoulders Knees & Toes’ dimainkan bersama maskot menarik di pentas, lelaki itu pula yang lebih teruja siap meniru pergerakan lagu tersebut.

Seperti yang kita semua tahu, lagu tersebut bertujuan untuk memperkenalkan asas anggota badan kepada kanak-kanak kecik.

Video berdurasi lebih 20 saat itu menunjukkan gelagat lucu suaminya, manakal si isteri terkejut dan terhibur kerana suaminya begitu teruja dan memberikan reaksi sebegitu.

@abbieherbert

THE END 😂 LIKE FOR PART 2 #cocomelon #husbandwife #parents #parentsoftiktok #react #reaction #fyp #4u #viral #mom #momlife #baby #babiesoftiktok #babyfever #comedy #itsnotajoke #surprise

♬ Just a Cloud Away – Pharrell Williams

Kata wanita ini dalam rakaman video tersebut, inilah ‘mimpi ngeri’ ibu dan ayah sudah menjadi kenyataan. Mana tidaknya, dewan konsert tersebut penuh dengan jeritan gembira anak-anak kerana dapat menonton secara langsung animasi kegemaran mereka.

Tidak cuma itu, sepanjang konsert itu berlangsung, suaminya langsung tidak berhenti menari kerana terlalu menikmati persembahan animasi Cocomelon itu. Lebih unik, si ayah dilihat lebih teruja daripada anak kecilnya.

@abbieherbert

THE END 😭🤣 LIKE FOR PART 2! #cocomelon #concert #baby #babiesoftiktok #poot #comedy #parentsoftiktok #parents #husbandwife #react #reaction #fyp #4u #viral #mom #momlife #itsnotajoke #firsttime #surprise

♬ Just a Cloud Away – Pharrell Williams

Bayangkan animasi ini datang ke Malaysia pasti akan ada ibu bapa yang sanggup membawa anak-anak mereka menonton konsert tersebut.

Sumber: Abbieherbet

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.