Siakap Keli
petani pecah rekod
Gambar: Oddity Central

Petani Pecah Rekod, Berjaya Hasilkan 1,269 Tomato Pada Satu Pokok

Seorang petani dari Hertfordshire, UK, Douglas Smith baru-baru ini berjaya pecah rekod Guinness Book of Record selepas menghasilkan 1,269 biji tomato pada satu pokok, lapor Oddity Central.

Sejak 10 tahun lalu, rekod buah tomato terbanyak dihasilkan pada satu batang pokok tidak pernah dicabar sesiapa. Hal ini membuatkan petani itu mahu memecahkan rekod 488 buah tomato pada satu pokok pada asalnya.

Hasilnya, pada tahun lepas dia berjaya mencipta rekod baharu dengan membuahkan tomato sebanyak 839 biji pada pokok tomato yang ditanamnya kebun di rumahnya.

Tidak habis di situ, malah selang beberapa minggu kemudian, Douglas berjaya memecahkan rekodnya sendiri dengan membuahkan tidak kurang daripada 1,269 tomato pada sebatang pokok.

Gambar via Oddity Central

Mungkin ramai beranggapan bahawa dia terlalu obes dengan ‘hortikultur’. Namun difahamkan, dia menghabiskan masa selama empat jam sehari di kebun untuk menjaga tanamannya, selain bekerja keras sehingga menjadi petani terbaik.

Untuk memaksimumkan peluangnya dalam mencipta rekod dunia yang baharu, Douglas turut membaca pelbagai sumber mengenai bahan saintifik dan mengambil sampel tanah untuk diuji di makmal. Ternyata, semua usahanya membuahkan hasil.

Gambar via Oddity Central

“Saya berada di atas bulan,” kata Douglas, membayangkan kejayaan yang dikecapinya itu terlalu besar dan tinggi dalam hidupnya.

Jelasnya, pada asalnya dia hanya menyasarkan tahun ini sebagai tempoh percubaan bagi mencapai misi tanaman tomato terbanyak tersebut.

Namun, mungkin rezekinya sudah ‘tercatat’, dia tidak sangka bahawa usahanya itu akhirnya membuahkan hasil yang menakjubkan.

“Tahun ini menjadi tahun percubaan untuk melihat jenis mana yang paling banyak menghasilkan buah dan kami juga terpaksa berhadapan dengan risiko penyakit (buah) sehingga kehilangan buah-buahnya.

“Namun, saya tetap kagum dengan beberapa banyak tomato yang tumbuh pada pokok itu.

“Tomato itu dikira dalam kotak, dan 10 kotak diletakkan di dalam dulang. Setiap dulang berisi 100 biji tomato,” tambah tukang kebun itu.

Imbas kembali, pada 2020 dahulu dia juga pernah menanam pokok bunga matahari setinggi 20 kaki, selain turut pernah mencipta rekod kebangsaan dengan menanam tomato seberat 3.106 kg.

Tambahan pula, dia turut suka menjalankan eksperimen kecil dengan sayur-sayuran dan tanaman gergasi lain. Antara tanaman yang sedang diusahakan Douglas ialah kacang, terung dan juga kentang.

Gambar via Oddity Central

Sumber: Oddity Central

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.