Siakap Keli

Cara Nak Buka Akaun Caruman i-Saraan KWSP Untuk Yang Bekerja Sendiri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Masih ramai yang tidak mengetahui bahawa setiap individu yang menjadi ahli KWSP tetapi bekerja sendiri juga sebenarnya masih boleh mencarum walaupun tidak lagi mempunyai majikan melalui i-Saraan.

Biasanya, apabila bekerja makan gaji di sektor swasta, urusan pembukaan akaun KWSP ini akan diuruskan oleh pihak syarikat. Manakala, jumlah potongan sudah ditentukan berdasarkan jumlah gaji yang diterima. Malah, kalau nak tahu majikan juga sebenarnya turut membuat caruman syarikat untuk setiap pekerjanya.

Sekiranya ahli bekerja memilih untuk bekerja sendiri, maka urusan caruman perlulah diuruskan sendiri. Tetapi, bagaimana? Jadi, hari ini SK nak kongsikan kepada anda semua tentang langkah dan cara mendaftar akaun i-Saraan jika ahli KWSP bekerja sendiri.

Insentif Persaraan (i-Saraan)

i-Saraan merupakan sebuah insentif yang membolehkah ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap tetapi untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15 peratus. Untuk pengetahuan anda, jumlah maksimum ke atas caruman anda adalah sebanyak RM250 berkuatkuasa pada 1 Januari 2018 lalu.

Buka secara atas talian je

Mudah sahaja sebenarnya, pertama anda cuma perlu memuat turun aplikasi KWSP di gedung aplikasi yang tersedia dalam telefon bimbit masing-masing. Ataupun, anda juga boleh melayari laman web KWSP disini https://online.kwsp.gov.my.

Apabila aplikasi KWSP siap dipasang, buka aplikasi tersebut dan tekan pada ikon ‘Daftar i-Saraan’ yang tersedia di bahagian bawah paparan aplikasi.

 

Kemudian, akan terpapar ruangan butiran seperti dibawah. Anda perlulah memastikan semua ruang kosong yang disediakan diisi sepenuhnya dengan maklumat yang tepat.

Apabila pendaftaran selesai, buka mana-mana bank atas talian yang anda miliki untuk memudahkan sesi mencarum KWSP.

Cari ‘EPF Transfer’, kemudian simpan siap-siap nombor akaun KWSP itu dan boleh setkan sebagai ‘kegemaran’ untuk memudahkan urusan.

Siapa yang layak untuk memohon

Hanya lima golongan ini sahaja yang layak memohon sebagai pencarum i-Saraan. Pertama, anda mestilah warganegara Malaysia. Kedua, anda mestilah individu yang bekerja sendiri (orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja).

Selain itu, individu tersebut adalah ahli KWSP yang berumur bawah dari 60 tahun. Akhir sekali adalah individu yang telah membuat pilihan i-Saraan iaitu dengan menghantar borang KWSP 16G(M).

Siapakah yang tergolong dalam golongan bekerja sendiri?

KWSP telah tetapkan 10 individu ini yang termasuk dalam golongan bekerja sendiri. Antaranya;

  • Petani/ nelayan/ pemandu teksi
  • Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
  • Pengasuh bayi
  • Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
  • Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding)
  • Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
  • Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
  • Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
  • Suri rumah
  • Pekerja Berpencen

Ini cara dan saluran pembayaran

Sumber: KWSP, Anissurayaa

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang