Siakap Keli
ujian rtk-antigen
Gambar via Google

Ujian RTK-Antigen Kendiri Kini Boleh Dilakukan Secara Maya

Putrajaya – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa ujian RTK-Antigen kendiri kini boleh dilakukan secara maya.

Menurutnya, alternatif baharu itu dijalankan oleh individu dengan seliaan pengamal perubatan melalui video.

“Jadi tidak perlu ke klinik untuk membuat ujian, hanya perlu dilakukan melalui video sahaja.

“Ini untuk memudahkan orang ramai terutamanya pengembara yang mungkin tidak sempat untuk pergi ke klinik atau sesiapa yang memerlukan pemerhatian ujian secara profesional,” katanya.

Ujarnya lagi, perkhidmatan ini merupakan satu inisiatif teleperubatan yang ditawarkan secara digital tanpa memerlukan individu hadir secara fizikal di fasiliti ujian.

Perkhidmatan ini berdasarkan kepada dokumen yang dikeluarkan oleh Malaysian Medical Council (MMC).

“Ini membolehkan pengguna untuk mendapatkan keputusan ujian RTK-Antigen kendiri yang disahkan oleh pengamal perubatan dengan lebih cepat tanpa perlu ke fasiliti kesihatan.

“Ia akan menjimatkan masa, kos serta mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain,” katanya.

Prosedur ini hendaklah mematuhi beberapa peraturan iaitu seliaan hanya boleh dilakukan oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan MMC.

Selain itu, pelaporan keputusan ujian RTK-Antigen ini perlu dilakukan melalui platform e-COVID.

Tidak cuma itu, perkhidmatan maya itu juga dilakukan secara langsung dan bukannya panggilan video WhatsApp bagi mengelakkan berlaku penipuan dalam keputusan ujian sekiranya rakaman video dibenarkan.

Beliau memaklumkan mengenai perkara tersebut dalam sidang media pada petang ini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.