Siakap Keli
twitter
Gambar Via Deadline

Elon Musk Dilapor Nak Beli Twitter Dengan Harga RM175 Bilion

Individu terkaya dunia, Elon Musk, kini dalam cubaan untuk membeli aplikasi Twitter dengan harga $41.39 bilion (RM175 bilion) selepas menolak tawaran untuk menyertai ahli lembaga pengarah syarikat itu beberapa hari lalu.

Memetik laporan Daily Mail, lembaga pengarah Twitter mengadakan mesyuarat pada Khamis untuk membincangkan mengenai bidaan Musk itu.

Difahamkan, Musk mula melakukan bidaan melalui mesej teks kepada salah seorang ahli lembaga pengarah, Bret Taylor, pada Rabu.

Menurutnya, beliau telah bersedia untuk menghantar surat tawaran kepada mereka.

Dalam panggilan susulan, Musk memberitahu Taylor bahawa tawarannya adalah tawaran terakhir.

“Saya tidak bermain-main. Jika perjanjian itu tidak berjaya, saya perlu mempertimbangkan semula kedudukan saya sebagai pemegang saham memandangkan saya tidak mempunyai keyakinan pada pengurusan.

“Saya juga tidak percaya bahawa saya boleh memacu perubahan yang diperlukan dalam pasaran awam,” katanya.

Sementara itu, Twitter dalam satu kenyataan berkata Lembaga Pengarah akan menyemak dengan teliti cadangan untuk menentukan tindakan yang diyakini mereka demi kepentingan syarikat dan semua pemegang saham.

Harga tawaran Musk adalah sebanyak $54.20 (RM229) untuk setiap saham yang mewakili premium 38 peratus kepada harga penutupan saham Twitter pada 1 April.

Saham Twitter telah melonjak sebanyak 5.6 peratus pada Khamis iaitu kepada $48.40 (RM204).

Musk ketika ini menjadi pemegang saham terbesar Twitter dan kini menjadi individu terkaya di dunia dengan nilai harta bersih $282 bilion (RM1.1 Trilion).

Sumber: Daily Mail

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.