Siakap Keli
Gambar via Google

Laporan Iklim PBB Punca Saintis Seluruh Dunia Tunjuk Perasaan

Beberapa hari kebelakangan ini, tanda pagar #LetTheScientistBeHeard dan #LetTheEarthBreath sempat trending di media sosial, diikuti tunjuk perasaan para saintis seluruh dunia.

Tindakan tunjuk perasaan para saintis tersebut dipercayai berpunca dari laporan iklim Panel Perubahan Iklim Antara-Kerajaan (IPCC) yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Laporan iklim itu memberi pengesahan kepada syarikat bahan api fosil untuk membayar pampasan atas kesan industri itu kepada iklim.

Pada masa yang sama, ia turut memperuntukkan sesebuah kerajaan bertindak lebih agresif dalam menyesuaikan diri dengan perubahan iklim.

Menurut Delta Merner, ketua Union of Concerned Scientists’ Science Hub for Climate Litigation yang menyediakan bukti saintifik untuk kes litigasi iklim, setiap perkara yang dinyatakan dalam IPCC adalah sangat penting.

“Anda boleh meminta orang ramai mempersoalkan kepentingan litigasi (proses perbicaraan undang-undang di mahkamah) atau meminimumkan impaknya.

“Namun, setelah ia dinyatakan dalam IPCC dan mendapat kesepakatan serta ditandatangani pelbagai negara, ia adalah keputusan penting,” kata Merner.

Ujarnya, ini merupakan kali pertama bab Amerika Utara dalam laporan IPCC menyatakan maklumat yang salah mengenai isu tersebut.

“IPCC menyatakan keputusan saintifik yang retorik dan salah tentang perubahan iklim.

“Ia juga melemahkan fakta sains, menyumbang kepada pemahaman yang salah tentang keputusan saintifik serta menghalang tindakan untuk mengawal perubahan iklim,” jelasnya.

IPCC adalah laporan yang disediakan oleh penyelidik iklim terkemuka dunia. Ia memfokuskan cara bagaimana masyarakat boleh membendung pelepasan gas rumah hijau dan pemanasan global.

Menurut laporan tersebut, pada tahun 2015, hampir 40 kes telah dikemukakan terhadap kerajaan yang mencabar usaha mereka mengurangkan atau menyesuaikan diri dengan perubahan iklim.

Tambah laporan IPCC, litigasi berkenaan berpotensi untuk mempengaruhi ketegasan dan matlamat dalam pengurusan iklim.

Negara serta sekutu dari industri minyak mengkritik tindakan undang-undang sebagai tidak wajar kerana langkah menyelesaikan isu perubahan iklim ini dirujuk pada mahkamah dan bukan pada penggubal undang-undang.

Disebabkan perkara dalam laporan berkenaan, lebih 1,000 saintis dari 26 negara dilapor melakukan aktiviti tunjuk perasaan hingga menyebabkan kekacauan di beberapa buah tempat termasuk Sepanyol, Jerman dan Washington.

Susulan kejadian itu, ramai saintis yang terlibat ditahan pihak berkuasa termasuk seorang saintis iklim yang bertugas di Makmal Propulsion Jet Nasa, Dr Peter Kalmus kerana dipercayai menghalang pintu masuk ke bangunan JP Morgan-Chase di Los Angeles.

Sumber: Scientific American

Eyla Azri