Siakap Keli
berbuka Ramadan

“Mak Pilih Kasih?” Kak Long Nak Balik Berbuka Punya Pasal, Habis Semua Kena Kerah Kemas Rumah

Genap dua tahun kebanyakan kita tak dapat menyambut Ramadan bersama yang tersayang. Walaupun tak semua, tapi ramai sebenarnya yang tak dapat pulang ke kampung halaman. Alhamdulillah, tahun 2022 dah boleh.

Jadi, tahun ni ada yang ambil peluang nak balik kampung. Bila dah lama tak balik ni, mestilah sambutan tu akan jadi lebih meriah. Mana taknya, nak hilangkan rasa rindu. Sama macam filem pendek daripada McD ‘Kak Long Balik Muar’.

Bagi yang masih tak tengok lagi, ia mengisahkan tentang sebuah keluarga yang bertungkus lumus buat persiapan tunggu Kak Long balik. Satu keluarga la nak kena terlibat sekali. Bila tengok, dah macam kemas rumah untuk sambutan Raya. Special sangat ke Kak Long ni?

“Mak pilih kasih? Hehe takdelah”

“Tapi semua cakap kak long tu anak kesayangan dia”

“Jealous sikit lah tapi tetap sayang”

Macam-macam gelagat dalam filem pendek ni, sudah pasti ada babak yang kita sendiri pernah lalui kan.

Haaa, menarik bukan video dari McD ni. Memang sangat mencerminkan suasana puasa dan balik beraya dengan keluarga yang ramai. Seronok dan meriah bila dapat bersama. Kemeriahan sebenar bukanlah kemewahan yang diberi, bukan persiapan yang dirai tetapi kehadiran semua disisi.

Selain daripada video ‘Kak Long Balik Muar’ ni, McD juga ada keluarkan hidangan istimewa untuk Ramadan. Apa lagi kalau bukan hidangan Foldover yang menjadi kegemaran ramai.

Dua pilihan Foldover iaitu Foldover Ayam dan Foldover Daging. Sesuai untuk dinikmati waktu berbuka dan sahur.

  • Foldover Ayam dengan kepingan ayam digril sempurna, salad dan juga tomato segar, sos bawang putih dan diapit roti pita yang lembut.

  • Foldover Daging pula dengan kepingan daging empuk, salad dan juga tomato segar, sos istimewa yang patut anda cuba dan diapit roti pita yang lembut.

Kerjasama McDonald’s Dan Komuniti Tukang Jahit, Hasilkan Lebih 100 Helai Baju Raya

Istimewa untuk para pesakit dan juga keluarga mereka yang mendiami Rumah Ronald McDonald (RMH), pihak McDonald’s telah berkerjasama dengan Komuniti Tukang Jahit (KTJ) untuk menghasilkan lebih 100 helai baju raya. Inisiatif ini dapat memberi sinar dan kemeriahan Aidil Fitri buat pesakit malah keluarga yang mendiami RMH. Sedikit info menarik, KTJ sebenarnya dianggotai oleh para wanita dari golongan B40 dan kebanyakan daripada mereka adalah ibu tunggal. Secara tidak langsung, McDonald’s telah membantu memeriahkan Ramadan dan Raya mereka.

Promosi 30 Hari Meriah

Bermula dari 3 April hingga 2 Mei, McDonald’s juga menawarkan Promosi 30 Hari Meriah untuk semua pelanggan setianya. Tawaran ini boleh digunakan setiap minggu di aplikasi McD dan pelanggan akan mendapatkan penjimatan hingga 50% untuk waktu berbuka dan juga moreh. 

Jemput berbuka di McDonald’s dan nikmati kemeriahannya bersama keluarga dan rakan-rakan. Tak sempat makan di restoran, boleh Pandu-lalu atau pesan McDelivery. #IndahnyaRamadanBilaBersama

Nor Fakhry