Siakap Keli

Meriahkan Aidilfitri Dengan OOTD Berlatarkan Hiasan Berinspirasikan Alam Semulajadi dan Buluh Sambil ‘Shopping’ Koleksi Fesyen Raya Terkini Di KL EAST MALL

Dalam kesibukan ramai untuk menyediakan kelengkapan raya, sudah pasti ramai yang akan serbu pusat membeli-belah bersama keluarga. Pun begitu, sudah pasti pusat membeli-belah yang menawarkan diskaun hebat dan tarikan akan dikunjungi kerana boleh dapat macam-macam habuan. 

Pusat membeli-belah yang dimaksudkan ini adalah KL EAST MALL yang menyediakan pelbagai jenis jualan termasuklah kuih raya, pakaian, perhiasan rumah dan macam-macam lagi. 

 

OOTD berlatarbelakangkan dekorasi buluh dan sarang burung

Meriahkan lagi Raya anda pada tahun ini di KL EAST MALL mulai hari ini hingga 8 Mei 2022. Kerajaan dah umumkan yang pada tahun ini kita semua dibenarkan untuk menyambut Raya bersama-sama keluarga tersayang. Apa tunggu lagi, jom angkut semua ahli keluarga anda berkunjung ke KL EAST MALL sekarang dan ootd berlatarbelakangkan dekorasi buluh istimewa yang membangkitkan lagi mood raya. 

Di sini ada anyaman buluh berukuran 12 kaki dan terowong bumbung tradisional sepanjang 15 kaki. Bolehlah bergambar dan ber-OOTD beramai-ramai di sini sebagai kenangan. 

Butik-butik famous dan koleksi raya paling dicari-cari

Sambil berswafoto dan ber-OOTD, anda juga boleh berkunjung di butik-butik fesyen terkenal seperti dUCk, Lilit., Fiziwoo Calaqisya, Poplook, TudungPeople, Alhumaira, Telekung TEA, Hers by BintWahab, Icahfa, Fana Couture, Qaira Hijab, Matase Sutera, Aira Kamilia, Bokitta, TaufiknTailor, Khatam dan banyak lagi butik pakaian yang cantik-cantik untuk terlihat bergaya di Hari Raya nanti. 

Seronok membeli belah di KL EAST MALL hingga lupa yang waktu berbuka sudah hampir tiba. Jangan risau, terdapat lebih 50 restoran yang menyediakan pelbagai jenis juadah berbuka puasa. Antaranya ialah Café Chef Wan, Serai, Ole-Ole Bali, Santan, Gula Cakery, Whisk Pantry, Naj & Belle, Kenny Hills Coffee, Ali, Muthu & Ah Hock, Pepper Lunch, K Fry Urban Korean dan banyak lagi.

Dapatkan pelbagai kelengkapan raya di Bazar Raya Sukaseni & Artbeat, ada lebih 40 vendor menanti anda!

Semestinya raya tidak akan lengkap tanpa fesyen terkini, perhiasan rumah, hadiah dan juga kuih raya. Dengan lebih 40 Vendor Bazar di KL EAST MALL di aras LG dan G1, anda dah tak perlu pening kepala ke sana sini mencari kelengkapan raya kerana semuanya ada di sini.

Sambil membeli belah dan menjamu selera, bolehlah bersantai mendengar alunan merdu dari muzik Melayu kontemporari dan Angklung diiringi persembahan tarian tradisional Melayu. Barulah rasa mood raya!

Ganjaran hebat hingga RM40,000

Bila semua sudah tersedia, setakat RM150 tu sekejap je boleh habis. Apa tidaknya, semua barangan nak beli tambahan pula dengan tawaran harga yang berbaloi. Lebih menarik, anda tidak perlu rasa rugi, sebab mereka tawarkan hadiah hingga RM40,000 dengan pembelian bermula dari  hanya RM150 sahaja. 

Apa yang lebih menarik lagi KL EAST MALL nak bagi adalah ganjaran hebat sehingga RM40,000 kepada pengunjung yang datang dan membeli belah di sini. Bukan itu sahaja, ada banyak lagi hadiah yang mereka sediakan untuk anda semua termasuk Hamper Raya dari Jaya Grocer. Apa yang anda perlu buat hanyalah datang dan ‘shopping’ saja, mudah kan? 

Belanja di mana-mana kedai terpilih dengan RM150 atau ‘shopping’ persedian Raya di Jaya Grocer sekurang-kurangnya RM350 untuk tebus semua hadiah-hadiah ini. Bukan tu je, anda juga boleh dapatkan sampul raya percuma bila berbelanja sebanyak RM70 di mana-mana kedai di sini.

Sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik dengan #ActOfKindness

Dalam kita bergembira golongan susah jangan kita lupakan. Oleh itu, KL EAST MALL sediakan Food Bank untuk Rumah Amal Asnaf Al Barakh di aras G1 untuk memudahkan anda. Di sini, anda boleh mendermakan barangan kelengkapan berdasarkan senarai keperluan asnaf yang disediakan.

Apa tunggu lagi, jom reramai membeli-belah sambil menderma di KL EAST MALL  dan juga jangan lepaskan peluang untuk bawa pulang hadiah hingga RM40,000. Kempen ‘spend & redeem’ ini berlangsung hingga 8 Mei ini saja tau. Hanya muat turun aplikasi KL EAST MALL untuk tebus hadiah-hadiah menarik.

Akhir sekali nak pesan, jangan lupa kunjungi KL EAST MALL sekarang sebelum melepas hingga 8 Mei ni je tau, datang ramai-ramai bawa satu family barulah meriah.

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.