Siakap Keli
beli rumah guna kwsp
Gambar: Bernama/Eco Ardence

Paling Berbaloi, Guna Duit RM10k KWSP Pun Dah Boleh Dapat Rumah ‘Semi-Furnished’ Ni

20 April ini merupakan tarikh ‘keramat’ yang cukup ditunggu-tunggu, iaitu Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Berdasarkan jumlah RM10,000 yang cukup ‘besar’ itu, anda mesti sudah ada perancangan kewangan tersendiri, bukan?

Mungkin ada si bujang yang mahu menggunakan duit itu sebagai ‘modal’ perkahwinan. Mungkin juga ada yang baru hendak mencarum mana-mana takaful perlindungan diri untuk kehidupan lebih baik. Malah tidak mustahil, mungkin ada juga yang mahu ‘kembangkan’ duit itu dalam pelaburan.

Tidak kiralah mahu buat apa sekalipun, yang penting kita kena gunakan wang itu ke arah sesuatu yang berbaloi dan bermanfaat untuk diri kita sendiri. Malah lebih baik juga jika ia dimanfaatkan untuk sesuatu yang mendatangkan ‘hasil’ bagi tempoh jangka masa panjang akan datang.

Tidak dinafikan, melabur dalam pelaburan boleh dikatakan antara pilihan bijak yang anda boleh pilih. Namun kalau RM10,000 itu sekadar disimpan di dalam bank, wang tersebut tidak akan ‘beranak’. Justeru, lebih baik kita laburkan dan selepas beberapa tahun kelak, jumlahnya pasti akan berganda-ganda jadinya.

Persoalannya, pelaburan yang mana satu paling sesuai dibuat?

Paling Berbaloi, Guna Duit RM10k KWSP Pun Dah Boleh Dapat Rumah ‘Semi-Furnished’ Ni 

Daripada anda sekadar melabur di pelaburan tertentu tetapi akhirnya duit itu ‘terlebur’ tanpa hasil, apa kata lebih baik jika anda gunakannya untuk pelaburan hartanah mulai sekarang, iaitu beli rumah ‘premium’ pada harga mampu milik dengan wang KWSP sendiri!

Tahukah anda, dengan RM10,000 KWSP tersebut, anda sebenarnya boleh menjadikannya sebagai modal tambahan untuk memiliki sebuah rumah mewah pada harga cukup mampu milik di HUNI Eco Ardence dan SE.RUANG Eco Sanctuary pada tahun ini juga.

HUNI Eco Ardence dan SE.RUANG Eco Sanctuary menyediakan kediaman  jenis ‘service apartment’ berkapasiti ‘semi-furnished’. Walaupun dilengkapi dengan fasiliti mewah bertaraf Clubhouse, namun percaya atau tidak, anda boleh memilikinya dengan harga bulanan berpatutan bermula dari RM910* sahaja sebulan!

HUNI di Setia Alam
SE.RUANG di Kota Kemuning

Walaupun harga bulanan agak ‘tidak cukup akal’, tapi unit rumah yang berkeluasan 570 kaki persegi ini terletak di kawasan ‘prime area’ di Kota Kemuning dan Setia Alam ya. Kalau dibandingkan taraf rumah, fasiliti, gaya hidup mewah dengan nilai bayaran tersebut, sebenarnya harga itu sudah cukup rendah dan sangat-sangat berbaloi.

Hendak cuci mata melihat apa yang ada di HUNI Eco Ardence dan SE.RUANG Eco Sanctuary? Mari lihat gambar-gambar ini. Anda pasti sukar untuk percaya.

HUNI Eco Ardence

Gerbang mewah menyambut anda
Pemandangan utama
Ruang tamu yang selesa
Dapur yang luas
Bilik tidur utama yang kemas
Balkoni menghadap kolam
Ruang bbq terbuka

SE.RUANG Eco Sanctuary

Pintu masuk utama
Pandangan dari hadapan lobi utama
Pandangan utama
Ruang balkoni
Tempat permainan untuk si kecil
Gimnasium untuk gaya hidup lebih sihat
Jambatan indah di tepi kolam

Apa kelebihan lain yang anda dapat?

Kelebihan lain yang anda akan dapat adalah bayaran muka yang cukup rendah dan sangat berbaloi ‘gila-gila’. Percaya atau tidak, dengan menggunakan modal tambahan daripada RM10,000 KWSP itu tadi, anda memang sudah dikira layak dan mampu untuk memiliki rumah idaman di HUNI Eco Ardence dan SE.RUANG Eco Sanctuary.

Apabila sudah bersetuju untuk membeli rumah, pastilah anda perlu hadapi beberapa prosedur yang melibatkan dokumen, bukan? Biasanya, segala urusan sebegini pasti melibatkan kos yang agak tinggi sebenarnya hingga ia membuatkan pembeli berasa sedikit ‘berat’ poket untuk membayar fi.

Tapi HUNI Eco Ardence dan SE.RUANG Eco Sanctuary tidak sebegitu. Malah segala legal fees yang dikenakan adalah PERCUMA! Ini satu penjimatan yang cukup ketara berbanding anda membeli rumah-rumah di tempat lain yang mungkin mengenakan caj legal fees pada kadar tertentu yang lebih tinggi.

Akhir sekali, satu perkara ‘mendebarkan’ yang pasti ditunggu-tunggu oleh pembeli rumah adalah Perjanjian Pindah Hak Milik atau Memorandum of Transfer (MOT). Dikatakan inilah dokumen ‘tebal’ terakhir yang perlu anda tanda tangani sebelum kunci rumah diberi ke tangan anda. 

Menariknya, MOT juga akan diberikan secara PERCUMA*. Sudahlah bayaran muka rendah, legal fees pula percuma, malah MOT pun turut percuma*. Boleh dikatakan anda sudah membuat satu penjimatan yang tersangat besar nilainya dalam sekelip mata untuk jangka masa panjang.

Oh ya, tapi sayangnya, unit kediaman di HUNI Eco Ardence dan SE.RUANG Eco Sanctuary agak terhad sebenarnya. Bak kata orang, biasanya yang terhad itulah yang sering dicari-cari. Sejujurnya, anda sangat rugi  jika tidak memanfaatkan RM10,000 tersebut untuk memiliki rumah ‘kayangan’ dengan harga ‘marhaen’ di sini.

Jadi, jangan tunggu lama-lama nanti bimbang terlepas. Dapat sahaja RM10,000 KWSP nanti, anda boleh terus menempah pembelian rumah di HUNI Eco Ardence di SINI dan SE.RUANG Eco Sanctuary di SINI dalam kadar segera. Ingat, benda terhad cepat habis!

Akhir kata, antara bersusah-payah melabur dalam pelaburan lain dan terpaksa menunggu beberapa tahun tahun ATAU memiliki rumah sendiri di HUNI Eco Ardence dan SE.RUANG Eco Sanctuary dengan cara paling pantas demi mahu hidup selesa selama lebih 30 tahun, mana satu pilihan anda?

**tertakluk kepada terma & syarat

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.