Siakap Keli

Pelakon Terkenal Hong Kong & Singapura, Mak Ho Wai Meninggal Dunia

SINGAPURA – Pelakon veteran yang cukup terkenal dengan sitkom ‘Don’t Worry Be Happy’, Mak Ho Wai meninggal dunia pda usia 76 tahun.

Kematianya disahkan oleh sahabatnya, pelakon Hong Kong terkenal Michelle Yim dalam satu kenyataan kepada media Hong Kong pada 14 April lalu. Mendiang meninggal dunia di kediamannya di Singapura.

Bagaimanapun, punca kematiannya masih belum disahkan lagi oleh pegawai perubatan Singapura, memetik Mothership.

“Ho Wai adalah suami dan bapa yang baik serta penyayang. Dia turut menyayangi rakan-rakannya dan merupakan pelakon yang baik. Kami telah kehilangan seorang lagi kawan. Rehat dan tenanglah,” ujarnya.

Pelakon kelahiran Hong Kong ini yang juga dikenali sebagai Mai Haowei menyambung pelajaran ke Taiwan ketika beliau masih muda dan mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik.

Mendiang menyertai industri hiburan untuk menyambung legasi adiknya iaitu seorang pelakon Hong Kong,  Mak Dai Shing. Adiknya meninggal dunia dalam nahas udara pada tahun 1982 ketika berusia 29 tahun.

Mak juga berlakon dalam beberapa siri TVB pada tahun 1980-an. Pada, 1990-an dia terlibat dalam 2 drama iaitu The Justice of Life (1989) dan The Greed of Man (1992). Kali terakhir dia muncul dalam industri hiburan di Hong Kong adalah melalui filem Crime and Passion (1994).

Beliau kemudian berhijrah ke Singapura dan meneruskan kerjayanya dalam seni lakonan. Beliau memainkan watak dalam The Return Of The Condor Heroes (1998), adaptasi novel seni mempertahankan diri Louis Cha dengan nama yang sama, dan Han abadi. Zhongli dalam Legend Of The Eight Immortals (1998 hingga 1999).

Beliau popular di Singapura kerana wataknya dalam sitcom “Don’t Worry, Be Happy” yang turut dibintangi Chew Chor Meng, Fang Hui, Tracer Wong, May Phua dan mendiang Huang Wenyong.

Selepas tidak lagi bergerak aktif dalam bidang lakonan, beliau kemudian berkhidmat sebagai guru bahasa Mandarin di Muzium Negara Singapura.

Sumber: Mothership, The Straight Times

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.