Siakap Keli

Polis Marin Rampas Mercun, Bunga Api Bernilai RM83,000 Di Batu Pahat

BATU PAHAT, 15 April – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Johor merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggar bernilai RM83,000 dalam serbuan Op Kontraban di sebuah premis di sini, Rabu lepas.

Komandernya ACP Muhd Zailani Abdullah berkata serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota PPM pada 6.30 petang itu turut menahan seorang lelaki berusia 49 tahun disyaki menyimpan sejumlah mercun dan bunga api berkenaan.

Beliau berkata mercun dan bunga api tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Sebaik menerima maklumat daripada orang awam, pasukan operasi telah bergegas ke premis berkenaan dan menemukan 63 kotak berisi pelbagai jenis mercun serta bunga api dianggarkan bernilai RM83,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhd Zailani berkata kes disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957 dan orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah kepada PPM Wilayah Dua Johor di talian 07-2372221 atau 07-2372 222.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.