Siakap Keli
Gambar: Wikimedia

Rusia Beri Amaran Kepada Finland & Sweden, ‘Malapetaka’ Menanti Jika Sertai NATO

MOSCOW – Rusia memberi amaran kepada Finland dan Sweden bahawa kedua negara itu bakal berdepan ‘malapetaka’ yang tak disangka-sangka jika mengambil keputusan menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Perkara tersebut disampaikan oleh Menteri Luar Rusia, dalam kenyataan hari ini selepas Moscow menghantar tentera mereka ke Ukraine.

Tindakan pasukan tentera Rusia di Ukraine itu telah menimbulkan persoalan mengenai dasar ketidakselarasan sistem ketenteraan yang telah sekian lama dipraktikkan Finland dan Sweden.

Dalam kenyataan minggu ini, Finland dikatakan bakal membuat keputusan dalam tempoh beberapa minggu lagi, sama ada negara mereka ingin menyertai NATO atau tidak.

Sementara itu, Sweden turut dalam perbincangan untuk bergabung menjadi sebahagian negara NATO yang kini dipimpin oleh Amerika Syarikat (AS).

“Pilihan bergantung kepada pihak berkuasa Sweden dan Finland.

“Tetapi mereka perlu mengetahui akibatnya dalam hubungan dua hala kami dan keselamatan Eropah secara menyeluruh,” kata jurucakap Menteri Luar Rusia, Maria Zakharova.

Katanya, penyertaan Sweden dan Finland dalam NATO sepertinya bakal menyumbang kepada pencapaian antarabangsa mereka.

Menurut Zakharova, dasar kedua-dua negara itu yang tidak sejajar menyediakan tahap keselamatan yang boleh diharapkan.

Namun keahlian dalam pakatan tentera sepertinya tidak mampu mengukuhkan keselamatan negara mereka.

“Secara automatik, mereka akan mendapati diri mereka berada di barisan hadapan NATO,” kata Zakharova.

Bekas presiden Rusia, Dmitry Medvedev memberi amaran bahawa Rusia akan menggunakan senjata nuklear berdekatan tiga negara Baltik dan Scandinavia jika Finland atau Sweden memutuskan untuk menyertai NATO.

Sumber: AFP

Eyla Azri