Siakap Keli

Empat Beranak Parah Ditetak Ketika Mahu Berbuka Puasa, Suspek Masih Diburu Polis

KOTA TINGGI – Satu keluarga parah ditetak ketika sedang menunggu untuk berbuka puasa dalam kejadian di Kampung Sedili Kecil Kuala Sedili semalam.

Memetik Kosmo, kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam itu melibatkan seorang wanita berusia 34 tahun, ibu mentua berusia 50-an dan dua adik ipar berusia antara 16 dan 31 tahun dilaporkan parah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Kussin Zamora berkata Pusat Kawalan Daerah Kota Tinggi menerima panggilan daripada MERS999 memaklumkan kes tersebut pada pukul 8.22 malam.

Jelasnya, daripada hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku sekitar jam 7.11 malam apabila secara tiba-tiba suspek mengamuk dan menetak empat orang mangsa yang berada dalam rumah menggunakan parang.

Menurut laporan, kesemua mangsa mengalami kecederaan pada leher, kepala, tangan serta badan.

Bagaimanapun, punca kejadian tidak diketahui dan masih dalam siasatan polis. Suspek yang berusia 38 tahun iu masih diburu bagi membantu siasatan, katanya lagi.

Sumber: Kosmo

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.