Siakap Keli

Gangguan Perkhidmatan Maybank Kembali Pulih, Hanya Aplikasi MAE Masih Dalam Selenggaraan

CYBERJAYA – Gangguan perkhidmatan melibatkan sistem perbankan Maybank kini dilapor sudah kembali pulih. Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Maybank melalui satu hantaran di Facebook sebentar tadi.

“Kami ingin maklumkan kepada anda bahawa perkhidmatan ATM, Terminal Layan Diri (SST), M2U web dan perkhidmatan mudah alih sudah disambung semula,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, Maybank memaklumkan aplikasi MAE masih di bawah selenggaraan dan akan kembali pulih tidak lama lagi.

”Kepada orang ramai yang ingin melakukan transaksi segera diminta untuk menggunakan perkhidmatan laman Maybank2u atau aplikasi mudah alihnya.

”Terima kasih atas kesabaran dan sokongan anda. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank kami di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).” ujar Maybank lagi.

Terdahulu, semua perkhidmatan perbankan Maybank seperti perkhidmatan web dan perbankan mudah alih Maybank2u, ATM dan Terminal Layan Diri (SST), perbankan cawangan dan penggunaan kad debit berdepan gangguan.

Gangguan itu menimbulkan rungutan para pelanggan Maybank apabila berhadapan kesukaran untuk melaksanakan urusan perbankan.

Sumber: Maybank

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.