Siakap Keli

Senang Je, Ini Cara Mudah Nak Daftar CCRIS Secara Online

Sebelum membuat sebarang pinjaman, pihak pemberi kredit akan menyemak nature pembayaran bagi individu pinjaman untuk mengetahui sama ada rekod pembayaran bakal peminjam berada di tahap yang baik atau sebaliknya.

Pernah dengar tak perkataan CCRIS ini? Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat atau Central Credit Reference Information System (CCRIS) ini merupakan istilah yang biasa didengari semasa kita menguruskan proses permohonan pinjaman kewangan atau kredit.

Seperti yang kita semua tahu, kita perlu mendaftar terlebih dahulu untuk mempunyai rekod CCRIS. Jadi, bagaimana kita mahu mendaftar CCRIS ini?

Untuk makluman anda, bermula 18 Februari 2022, Bank Negara Malaysia (BNM) telah membuka peluang kepada pengguna baharu untuk mendaftar eCCRIS secara dalam talian.

Jadi, disini SK ingin berkongsi cara untuk mendaftar akaun e-CCRIS dan cara untuk menyemak secara kendiri dengan lebih mudah.

Cara mendaftar CCRIS atas talian

1. Pergi ke laman web eccris.bnm.gov dan klik ‘Daftar Sekarang’

2. Sebelum anda meneruskan proses pendaftaran yang lain, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM1 untuk pengesahan identiti. Selepas itu, wang berkenaan akan dipulangkan semula secara automatik.

3. Kemudian, masukkan maklumat peribadi yang diperlukan iaitu nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, nombor telefon dan email. Anda akan diminta untuk mengesahkan butiran tersebut.

4. Seterusnya, anda akan mendapat nombor pin (OTP) menerusi nombor telefon dan email. Anda perlu menekan ruang ‘aktfikan’ yang dihantar melalui email tersebut..

5. Selepas itu, pergi ke laman utama semula dan klik ‘Log Masuk Kali Pertama’. Anda boleh set ‘user ID’ dan kata kunci serta beberapa lagi tetapan keselamatan yang lain.

7. Selepas mengisi semua maklumat yang diminta, satu mesej pengesahan penerimaan akan dipaparkan.

Cara semak laporan CCRIS

Pertama, anda perlu ke log masuk di laman eccris.bnm.gov. Kemudian, masukkan ID pengguna (seperti yang dipilih oleh pengguna semasa mendaftar) dan akhirnya klik pada butang ‘Seterusnya’.

Kedua, sekiranya imej dan frasa keselamatan sama seperti imej dan frasa keselamatan yang dipilih oleh pengguna, klik butang “Ya” untuk langkah seterusnya.

Seterusnya, isi kata laluan dan klik butang “Log Masuk”

Kemudian, OTP akan dihantar melalui SMS ke telefon bimbit yang telah didaftarkan dan isi 6 digit OTP dan klik butang ‘Sahkan’.

Sekiranya berjaya untuk log masuk, laman utama eCCRIS akan dipaparkan. Untuk mendapatkan laporan CCRIS, pilih ‘Carian’, kemudian klik pada Carian Sendiri – Individu.

Nyatakan persetujuan anda terhadap kenyataan Penafian, dengan menanda kotak “Saya Setuju”. Seterusnya, klik butang “Carian Laporan”

Semoga bermanfaat.

Sumber: eCCRIS BNM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.