Siakap Keli
mySalam

Bukan ‘Scam’, Ini Manfaat Dan Cara Nak Tuntut Skim mySalam Yang Ramai Tak Tahu

Sejak beberapa tahun yang lalu, kerajaan telah melaksanakan inisiatif mySalam iaitu skim takaful perlindungan kesihatan percuma. Individu yang layak akan menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat melalui Tabung Amanah mySalam.

Sebelum ini, hanya penerima Bantuan Sara Hidup sahaja yang layak menerima inisiatif tersebut.

Bagaimanapun, kerajaan telah bersetuju supaya skim perlindungan mySalam diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mulai tahun ini.

Ia termasuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang masih layak untuk menerima insentif Bantuan Keluarga Malaysia.

Individu yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS. Justeru, anda dinasihatkan untuk memeriksa pesanan SMS anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif mySalam ini, ikuti perkongsian @anisssurayaaa di bawah ini.

Ada tak yang dapat text macam ni untuk mySalam?

Bagi yang tidak tahu, kalau anda dapat text ini maksudnya anda layak dapat sebab anda adalah penerima BPR 2021. Yang tak dapat BPR, tak tersenarai untuk skim mySalam.

Dapat apa je? Meh kita tengok

Manfaat dari skim mySalam:

Pertama, anda akan mendapat manfaat hospitalisasi sebanyak RM50/semalam. Ia terhad untuk 14 hari setahun/bersamaan RM700 setahun kalau masuk hospital panel mySalam

Kedua, penyakit kritikal RM8000 sekali seumur hidup

Note: mySalam tak sediakan manfaat untuk pembayaran balik kos mana mana hospital

Macam mana nak tahu anda betul betul layak ke tak?

Terlebih dahulu, anda perlu membuka mySalam di pautan INI dan masukkan no IC.

Seterusnya, anda boleh mengikut infografik di pautan INI untuk membuat tuntutan. 

Macam mana nak buat tuntutan?

Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Tuntutan penyakit kritikal

Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan melayari laman web mySalam dan log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS.

Seterusnya, klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal anda.

Selain itu, anda perlu mendapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’.

Setelah itu log masuk ke laman web mySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.

Kemudian, masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang Muat naik’ untuk memuat naik dalam format pdf atau jpeg dan seterusnya klik ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Tuntutan hospitalisasi

Bagi tuntutan hospitalisasi pula. anda juga perlu melayari portal mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS.

Kemudian, klik ikon dan ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.

Langkah seterusnya pula adalah anda perlu memasukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik dalam format pdf atau jpeg.

Akhir sekali, klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Sumber: Anisssurayaaa, mySalam

Sofea

There's always another side to every story