Siakap Keli
spider-man
Gambar Via Guinness World Records

Lelaki Pecah Rekod Dunia, Tonton Filem Spider-Man: No Way Home 292 Kali Di Pawagam

Florida – Seorang lelaki dari Amerika Syarikat telah berjaya mencipta rekod dunia selepas menonton filem Spider-Man: No Way Home di pawagam sebanyak 292 kali.

Memetik laporan The Direct, lelaki yang dikenali sebagai Ramiro Alanis itu telah menonton filem tersebut antara 16 Disember 2021 dan 15 Mac 2022.

Secara puratanya, Ramiro menonton lebih daripada tiga kali setiap hari selama hampir tiga bulan dengan jumlah masa selama 720 jam.

Hal ini bermakna, dia menghabiskan lebih satu pertiga daripada masanya selama 89 hari dengan menonton filem itu.

Sebelum ini, Ramiro juga pernah mencipta rekod sendiri dengan menonton filem Avengers: Endgame sebanyak 191 kali.

Difahamkan bahawa, bagi mendapatkan rekod dunia, seseorang itu mesti menonton filem di pawagam sahaja dan tidak melakukan sebarang aktviti lain seperti melihat telefon atau pergi ke tandas.

Filem itu juga perlu ditonton sepenuhnya termasuk bahagian kredit dan sebarang adegan pasca kredit.

Difahamkan, setiap satu daripada 292 tontonan yang dilakukan oleh Ramiro telah disahkan oleh kenyataan dari pekerja pawagam.

Tidak cuma itu, semua potongan tiket perlu diambil sebagai bukti bahawa dia telah menonton filem tersebut.

Jumlah tiket RM14,400

Sepanjang tayangannya selama tiga bulan, Ramiro menganggarkan bahawa jumlah tiket adalah bernilai kira-kira $3400 (RM14,400).

Dengan itu dia menyumbang lebih kurang 0.00018% daripada kutipan box office seluruh dunia yang diperolehi oleh filem itu iaitu bernilai $1.89 bilion.

Ramiro berkata bahawa dia sudah menghafal semua dialog di dalam filem itu dan mengungkapkannya dengan sangat kuat semasa tontonan terakhirnya.

Bagaimanapun, dia yang juga seorang jurulatih peribadi berdepan dengan beberapa cabaran ketika menonton filem tersebut iaitu pernah mengalami sakit kepala selepas menonton filem itu sebanyak empat kali pada waktu siang.

Selain itu, dia juga perlu mengimbangi keutamaan lain dalam hidupnya.

Dia juga menyeru kepada sesiapa sahaja yang ingin memecahkan rekod untuk ‘berfikir dua kali’ sebelum cuba mengatasi pencapaiannya.

Menurutnya lagi, dia mendedikasikan pencapaian dunia itu kepada neneknya yang telah meninggal dunia pada tahun 2019.

“Dia adalah penyokong nombor satu saya dan saya mahu kekal sebagai pemegang rekod,” katanya.

Untuk pengetahuan, rekod itu pernah dipegang oleh Arnaud Klein dari Perancis yang menonton filem Kaamelott: First Installment sebanyak 204 kali.

Sumber: The Direct, Guinness World Records

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.