Siakap Keli
bangkai naga laut terdampar di pantai
Gambar via Daily Star

Puluhan Bangkai Naga Laut Terdampar Di Pantai

Puluhan bangkai naga laut ditemui terdampar di sebuah pantai di Australia baru-baru ini hingga mengejutkan kebanyakan pengunjung di sana, lapor Daily Star.

Menurut laporan, kemunculan puluhan bangkai naga laut di pantai tersebut dipercayai adalah disebabkan fenomena hujan yang berlangsung beberapa minggu ketika ini.

Difahamkan, sebahagian pakar turut terkejut dengan kehadiran luar biasa haiwan berkenaan yang sepatutnya hidup di seberang pinggir laut di New South Wales.

Profesor Ekologi Marin Universiti Teknologi Sydney, Dr. David Booth menjelaskan, kejadian aneh tersebut turut dipengaruhi faktor fenomena alam.

“Jelas sekali ia adalah akibat daripada cuaca yang tidak menentu, serta bahan pencemar yang dihanyutkan oleh ombak besar di lautan,” katanya kepada Sydney Morning Herald, memetik Daily Star.

Gambar via Daily Star

Sementara itu, ketua penyiasat kejadian berkenaan, Dr. Selma Klanten berkata, kejadian tersebut dibimbangi bakal menjejaskan kestabilan populasi hidupan tersebut.

“Ini boleh menyebabkan kepupusan habitat dan perubahan faktor persekitaran,” katanya, memetik Daily Star.

Merujuk Daily Star, naga laut ini dipercayai dikesan hidup di sekitar perairan Cronulla, Malabar dan Central Coast, iaitu 10 kali ganda jauhnya untuk sampai ke pantai tersebut.

Justeru, ia adalah fenomena luar biasa untuk haiwan tersebut boleh tersesat dengan begitu jauh dari habitat asalnya.

Difahamkan, naga laut dewasa biasanya hanya akan bergerak dan merayau sekitar 50 hingga 500 meter dari habitat asalnya.

Selain itu, naga laut cukup popular dalam kalangan penyelam kerana warnanya yang berbeza seperti kuning dan ungu sangat menarik perhatian.

Gambar via Daily Star

Dianggarkan, setiap tumbesaran seekor naga laut boleh mencapai sehingga 45 sentimeter panjang.

Selain menghuni di celahan terumbu karang, naga laut juga dipercayai mempunyai hubungan atau persamaan rapat dengan kuda laut, lapor News AU.

Untuk rekod, spesies ini pernah tersenarai sebagai ‘spesies terancam’ dalam Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan  Alam Semula Jadi (IUCN).

Bagaimanapun pada 2019, statusnya telah disenaraikan di bawah kategori ‘paling tidak membimbangkan’ ketika tahun tersebut.

Berdasarkan undang-undang di sana, adalah menjadi satu kesalahan apabila mana-mana orang awam cuba mengambil atau membelanya tanpa permit.

Sumber: Daily Star

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.