Siakap Keli
emel
Gambar Via Google

Boleh Sebabkan Pencemaran, Ini Antara Kesan Emel Yang Tak ‘Delete’ Terhadap Alam Sekitar

Penggunaan emel dalam kehidupan seharian sememangnya memberikan kemudahan kepada pengguna selain menjadi salah satu daripada medium komunikasi yang terbaik pada masa kini.

Malah, setiap orang pasti akan mempunyai sekurang-kurangnya satu emel untuk memudahkan urusan terutamanya urusan rasmi seperti memohon pekerjaan.

Bagaimanapun, tahukah anda bahawa emel yang anda terima setiap hari sebenarnya boleh memberikan kesan buruk kepada alam sekitar.

Penghasilan karbon

Hal ini kerana, emel dikatakan boleh menghasilkan karbon hasil daripada ‘aktiviti dalaman’ yang berlaku setiap hari.

Untuk pengetahuan, emel yang dihantar melalui internet sebenarnya sedang ‘disimpan’ di suatu tempat.

Menurut Medium.com, ia biasanya disimpan pada pelbagai pelayan internet di seluruh dunia.

Pelayan dikatakan disimpan di pusat data besar yang menggunakan jumlah elektrik yang sangat dahsyat setiap hari. Elektrik yang kebanyakannya dijana oleh bahan api fosil itu pula mengakibatkan pelepasan karbon global (CO2e).

Disebabkan itu, emel menjadi salah satu daripada faktor penting yang menyebabkan pelepasan gas rumah hijau.

Ini juga bermakna, walaupun emel tidak lagi menyumbang kepada pencemaran kertas tetapi ia masih menyumbang kepada pelepasan karbon.

Kajian yang dijalankan oleh Greenpeace menganggarkan bahawa penggunaan kuasa pusat data seluruh dunia untuk 2012 adalah sebanyak 382 bilion kWJ.

62 trilion emel spam di seluruh dunia

Sementara itu, kajian yang dilakukan oleh McAfee pula menganggarkan bahawa sejumlah 62 trilion emel spam di seluruh dunia telah dihantar pada tahun 2008.

Purata emel spam ini menyebabkan pelepasan bersamaan dengan 0.3 gram karbon dioksida (CO2) bagi setiap mesej.

Justeru, cara untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ini adalah dengan memadam emel dan spam yang tidak diingini.

Jika terdapat kira-kira 2.3 bilion pengguna emel di dunia, saiz puratanya ialah kira-kira 75 kb.

Bayangkan jika semua orang memadam sekitar 10 emel yang tidak diingini (spam dan bukan spam), ia boleh menghalang 1,725,000 GB data disimpan dalam pelayan di seluruh dunia.

Sehingga 2019, terdapat 3.9 bilion pengguna emel di dunia, jadi jika anda boleh memadam 10 emel setiap hari, ia boleh mengurangkan 39,035 tan metrik CO2e iaitu 19,256 tan arang batu yang dibakar setiap hari.

Jadi, jika anda sayangkan alam sekitar. Delete lah emel yang tersimpan dalam inbox anda itu sekarang.

Sumber: Medium.com, Green Matters, The Good Planet

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.