Siakap Keli
gunung berapi anak krakatau
Gambar Via Tribun News

Gunung Berapi Anak Krakatau Dilapor Meletus Lagi

Gunung Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda dilaporkan telah meletus malam tadi sehingga mengeluarkan abu setinggi 800 meter.

Memetik laporan Tribun News, orang ramai telah dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan itu dalam radius 2 kilometer.

Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral berkata Gunung Anak Krakatau telah meletus sekitar jam 9.15 malam.

Keadaan abu diperhatikan berwarna kelabu hingga hitam dengan keamatan tebal ke arah barat daya.

Difahamkan, letusan ini direkodkan pada seismograf dengan amplitud maksimum 55 mm dan tempoh 40 saat.

Sementara itu, agensi Geologi menyarankan orang ramai yang berada dua kilometer dari Gunung Anak Krakatau agar tidak mendekati kawasan itu dan menjalankan sebarang aktiviti.

Menurut laporan, kali terakhir gunung berapi itu meletus adalah pada 28 Mac lalu.

Imbas kembali, para penyelidik telah memberi amaran bahawa gunung berapi Anak Krakatau diramal akan merobohkan patung Statue of Liberty di Amerika Syarikat sekiranya kekal menuju ke daratan.

Kajian yang dijalankan oleh Brunel University di London mendapati bahawa gelombang ombak setinggi 150 meter telah tercetus akibat jatuhan lava Anak Krakatau ke lautan pada 22 Disember 2018.

Sumber: Tribun News

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.