Siakap Keli
budak kencing dalam botol
Gambar via Mothership

Budak Kencing Dalam Botol Di Restoran, Netizen Berpendapat ‘Ia Tak Jadi Masalah’

Tular gambar seorang wanita yang membantu seorang budak lelaki untuk kencing ke dalam botol di medan selera Plaza Tiong Bahru, Singapura baru-baru ini.

Menurut Mothership, gambar kontroversi yang dimuat naik di laman Facebook komuniti “COMPLAINT SINGAPORE” itu mendapat perhatian orang ramai.

Berdasarkan gambar itu, budak lelaki tersebut sedang berdiri di atas kerusi sambil kencing ke dalam botol bersebelahan semangkuk ais kacang di atas meja.

Bagaimanapun, perbuatan yang dilakukan mereka itu seolah-olah tidak disedari oleh orang-orang di sekeliling.

Menurut Mothership, difahamkan tandas yang disediakan di medan selera itu tidaklah begitu jauh, dikatakan hanya memakan masa seminit saja dari meja mereka.

Disebabkan perlakuan kontroversi tersebut, kejadian itu telah mendapat lebih 1,000 reaksi berbeza oleh warganet, selain turut dikongsi lebih 800 kali di Facebook.

Tidak kurang juga, rata-rata warganet Singapura dalam Facebook komuniti tersebut turut meluahkan pelbagai maklum balas berbeza mereka terhadap individu berkenaan.

Gambar via Mothership

Seorang warganet bernama Rebecca Lim berpandangan, perlakuan sebegitu sebenarnya tidak menjadi masalah kerana faktor ‘kecemasan’ dan ‘keterpaksaan’ yang berlaku.

“Tolonglah, kadang-kadang di medan selera agak sukar untuk dapatkan tempat duduk. Ais kacang mereka di atas meja pula dibimbangi akan dikemaskan oleh pekerja ketika mereka ke tandas.

“Malah mungkin apabila mereka kembali, tempat duduk mereka sudah tiada. Tolong faham dengan (kes) kecemasan kanak-kanak,” katanya seperti yang dimuat naik Mothership.

Gambar via Mothership

Dalam pada itu, seorang lagi warganet bernama Matthew Chua pula berpendapat bahawa kaedah kencing dalam botol sebegitu langsung tidak menggugat seleranya.

“Aduh, melihat kejadian ini berlaku di tempat awam, ia sesekali tidak akan mengganggu selera saya.

“Jika ia adalah najis (berak), maka saya akan beredar. (Bagi saya) ini masih cara yang lebih bersih berbanding orang batuk,” katanya, seperti yang dipetik Mothership.

Bagaimanapun kedua-dua komentar berkenaan menerima reaksi berbeza daripada warganet lain.

Rata-rata mereka dipercayai berasa terkejut dengan pendapat dan kenyataan yang dikeluarkan sedemikian.

Dalam pada itu, beberapa warganet lain dalam Facebook komuniti COMPLAINT SINGAPORE  tersebut turut tidak melepaskan peluang untuk melontarkan reaksi mereka di ruangan komentar.

Sumber: Mothership

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.