Siakap Keli
basikal
Gambar: Astro Awani

Lelaki Maut, Basikal Yang Dinaikinya Dirempuh Kereta

Lipis – Seorang penunggang basikal dilaporkan maut selepas dirempuh oleh sebuah kereta yang terbabas dalam kejadian pada Ahad di kilometer 15 Benta-Jerantut.

Memetik laporan Astro Awani, kereta tersebut hilang kawalan dari arah hadapan dan memasuki laluan basikal.

Difahamkan, mangsa, Mohamad Awang, 66, berbasikal ke Jerantut untuk membeli barangan dapur dan telah dirempuh kereta jenis Proton Wira dari arah hadapan pada sekitar jam 2 petang.

Mangsa yang merupakan seorang tukang kebun kemudiannya dibawa ke hospital Lipis untuk menerima rawatan akibat kecederaan parah namun meninggal dunia pada jam 5.42 petang.

Sementara itu, kejadian tersebut dilaporkan turut menyebabkan kereta mengalami kerosakan.

Lampu depan sebelah kanan kereta itu telah pecah, bahagian depan kanan kemek serta kerosakan pada pemegang basikal dan rim tayar depan bengkok.

Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Astro Awani

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.