Siakap Keli
maybank
Gambar via Bernama

Maybank Alami Gangguan Perkhidmatan, Ini Beberapa Servis Terganggu

Maybank sebentar tadi memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengalami masalah teknikal berkaitan beberapa perkhidmatan buat sementara waktu.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi, antara yang tergendala dan terganggu buat masa ini adalah penggunaan kad debit serta beberapa fungsi lain.

“Harap maklum bahawa penggunaan kad debit tidak tersedia buat sementara waktu, dan kami sedang mengalami kelambatan berselang-selang di aplikasi MAE, aplikasi M2U MY dan web Maybank2u,” maklum Maybank.

Sejajar dengan kesulitan yang berlaku, pihak Maybank juga turut memohon maaf atas masalah teknikal yang tidak dapat ditangani tersebut.

Jelasnya, pihaknya cuba untuk menyelesaikannya dalam kadar segera bagi kemudahan pengguna ketika ini.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.

“Terima kasih atas kesabaran dan memahami,” maklum kenyataan itu lagi.

Sumber: Maybank

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.